Amanah Melaka sedia hadapi gabungan PAS-UMNO

KUALA LUMPUR 3 Mac – Kerjasama antara Pas dan UMNO bukan lagi ‘taboo’ atau pantang larang yang cuba dihindarkan daripada menjadi perbincangan dalam kalangan orang Melayu khususnya bagi ahli kedua-dua parti .

Sebaliknya, Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki berkata, kerjasama antara Pas dan UMNO sudah dilihat sebagai satu keperluan yang mendesak untuk menghalang kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang didominasi oleh DAP meneruskan agenda ‘Malaysian Malaysia’.

Katanya, PH sebelum ini berjaya menjadikan usaha untuk mewujudkan kerjasama ini sebagai satu ‘taboo’ di kedua-dua belah pihak Pas dan UMNO.

“Mereka membangkitkan pelbagai isu termasuklah kononnya Pas mendapat RM90 juta daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan sumbangan pilihan raya RM2.5 juta daripada dana UMNO. Hasilnya, PH berjaya menawan sekurang-kurangnya 27 kerusi Parlimen yang sepatutnya tidak terlepas sekiranya ada persefahaman antara Pas dan UMNO.

“Oleh itu, kemenangan BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highland dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih menjadi petunjuk bahawa kerjasama erat antara Pas dan UMNO berjaya mengalahkan DAP dan gerombolannya termasuk di negeri kubu mereka Selangor,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s