KHAZANAH tak pernah rugi zaman Najib? Ini kata Adrian Lim

1. Apa yang dilakukan Khazanah yang menyebabkan ‘kerugian’ ini disebut sebagai “kitchen-sinking” dalam bahasa perakaunan, kewangan, perniagaan ataupun politik. Dalam bahasa mudah: melonggok & mengumumkan semua kerugian/masalah dalam satu masa supaya tidak perlu sakit kepala di masa akan datang.


2. Di peringkat antarabangsa, “kitchen-sinking” paling popular adalah kes TESCO pada April 2015. TESCO umum keuntungan RM12bil untuk kewangan tahun 2013. Namun di bawah pimpinan CEO baharu iaitu Dave Lewis, TESCO putuskan utk umum kerugian RM34bil bagi kewangan tahun 2014. Beza RM36bil (+12bil -> -34bil).

3. Dave Lewis pada ketika itu baru mengambilalih sebagai CEO TESCO baharu. Segala najis yang disembunyikn CEO lama sekaligus dikeluarkan agar beliau tidak ‘diikat’ beban yang ditinggalkn CEO lama. Keuntungan palsu (inflated profit), pemalsuan akaun, kemerosotan nilai aset semua dibongkar.

4. Samalah kes Khazanah. MD yang baharu, Datuk Shahril baru sahaja dilantik pada Ogos 2018. Khazanah membuat keputusan menggunakan strategi “kitchen sinking”. Orang dalam dunia perniagaan tahu akan strategi ini. Najib sebenarnya pun tau, tapi cuba menyelamatkn diri dengan sengaja mengelirukn orang ramai.

5. Apakah Khazanah tidak pernah rugi di zaman Najib?
Rugi. Siapa kata tak pernah rugi? Ini buktinya.

7. Terdapat cara-cara tertentu bagi menampakkan prestasi syarikat positif. Antaranya menjual saham syarikat-syarikat yang dipegang supaya dalam buku akaun tercatit sebagai ‘keuntungan’. Antara saham-saham yang pernah dipegang kemudian dijual adalahh saham CIMB, TENAGA & sebagainya. Saham-saham ini bernilai berbilion-bilion ringgit.

8. Selain itu, keengganan menilai semula aset-aset boleh menyumbang kepada gambaran palsu prestasi sebenar syarikat.

Cth: Nilai Perniagaan A dicatat bernilai RM1bil pada tahun 2010. Syarikat andaikan nilai Perniagaan A naik 10% setiap tahun. Maka untuk tahun 2011, tambah sahaja 10% menjadikannya RM1.1bil.

9.Ada kalanya andaian itu betul, ada kalanya tidak betul. Tak betul jika berlaku ‘renovation’, rombakan semula modal perniagaan atau kadang-kadang perniagaan itu tidak sebaik tahun yang lalu. Dengan menganggap nilai perniagaan naik 10%, syarikat telah berjaya beri gambaran ‘palsu’ mengenai status sebenar syarikat.

10. Sebab itu apabila kerajaan baharu & pimpinan baharu Khazanah ambil alih, antara beberapa keputusan yang dibuat adalah utk menilai semula aset-aset, saham-saham, perniagaan-perniagaan yang dipegang Khazanah. Setelah dibuat, rupa-rupanya nilai aset sebenar susut RM7.3 bil (tapi tidak pernah dilaporkn sebelum ini).

11. Maksudnya, aset-aset Khazanah telah ‘terlebih nilai’ sebanyak RM7.3bil sebelum ini. Seperti yang ditunjuk di atas, susutan nilai aset-aset tidak dilaporkan atau disembunyikan sebelum ini. Maka apabila semuanya dibuka, barulah tahu akan keadaan sebenar iaitu – susut RM7.3bil.

12. Jika dilihat betul-betuk laporan ini. Sebenarnya perniagaan Khazanah tak ‘rugi’, tapi oleh sebab penilaian semula dibuat, prestasi kewangan turun.

Nilai merosot: RM7.3bil, kerugian yg diumum: RM6.3bil dari segi perniagaan, sebenarnya Khazanah untung RM1bil (7.3bil – 6.3bil).

13. Kerajaan PH & pimpinan baharu Khazanah mempunyai 2 pilihan:
A. Tutup prestasi sebenar dengan ‘memanipulasi’ akaun, jangan menilai semula nilai aset-aset, kemudian umum untung besar. Semua akan gembira tapi jahanam kelak.

B. Umum perkara sebenar biarpun perit. ‘Reset’ dari sekarang.

Mereka pilih B.

14. Mungkin maklumat-maklumat ini rumit. Sebab itu saya telah habiskan hampir 2 jam membaca, meneliti laporan, kemudian cuba tweet dalam penjelasan yang paling mudah difahami. Jadi kalau boleh, bantu sebarkn supaya ilmu & pengetahuan ini dipanjangkn.

Sumber dari Tweet : @adrianlimcheeen

Ini ialah pendapat peribadi penulis dan bukannya dari pihak Melaka Insider

Advertisements