MUJAHID: TIADA KOMPROMI DENGAN PERBUATAN MENGHINA NABI.

Isu hina Nabi telah diambil kesempatan dan tunggangan serta polemik politik pihak pembangkang Pas dan Umno. Pelbagai tuduhan dan fitnah tersebar luas hingga menenggelamkan tindakan pihak berkuasa ke atas pelaku yang terlibat. Oleh yang demikian, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa telah mengeluarkan satu kenyataan media rentetan kemelut isu menghina nabi.

Image result for mujahid

Kata Mujahid, “berikutan tindakan menghina Nabi junjungan kita, Muhammad SAW dan perbuatan mempermainkam agama Islam semakin serius, satu unit memantau tindak-tanduk pihak yang tidak bertanggungjawab ini telah ditubuhkan”.

Kenyataan itu antara lain menyatakan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan satu inisiatif dengan menubuhkan sebuah unit bertujuan memantau penulisan atau provokasi yang bersifat menghina Nabi Muhammad SAW serta agama Islam di semua platform media termasuk media sosial.

“Meskipun JAKIM sebelum ini telah mempunyai Unit Kawalan Media di bawah Bahagian Penyelidikan JAKIM berfungsi memantau isu-isu agama untuk dipanjangkan kepada pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), namun saya lihat perkara itu tidak memadai dan ia perlu diperkemaskan dengan lebih tegas supaya pemantauan secara 24 jam dapat dilakukan” kata Mujahid.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama) itu meminta unit pemantau ini menerima sebarang aduan berkaitan penghinaan Nabi Muhammad SAW dan agama Islam, seterusnya seberapa segera membuat laporan polis dan SKMM.

Kepada orang ramai, sekiranya mempunyai sebarang maklumat atau aduan, sila whatsapp segera ke talian hotline 010-300 5260 atau emelkan kepada aduan@islam.gov.my.

Beliau juga berharap agar semua rakyat Malaysia dapat bersama berganding bahu bagi menjaga dan mengekalkan keharmonian negara kita. Pihak berkuasa telah melakukan tindakan sewajarnya untuk mengatasi isu ini.

Katanya lagi, “saya Menteri Agama sama-sekali tidak berkompromi dengan perbuatan menghina Nabi Muhammad SAW serta agama Islam”.

“Negara kita mempunyai undang-undang. Pihak yang bersalah mesti dijatuhkan hukuman yang setimpal” kata Mujahid.