Kes RM90 Juta : Mokthtar Senik dan Nashrudin dipanggil SPRM hari ini

Dua pemimpin PAS Pahang dipanggil oleh SPRM hari ini bagi membantu siasatan berhubung isu dana RM90 juta yang dimasukkan ke dalam akaun pemimpin PAS.

Nasrudin dan Mokhtar Senik dilihat hadir ke SPRM Pahang pagi tadi.-Sumber SINAR HARIAN

Dua orang pemimpin tersebut ialah Ahli Majlis Syura Ulama PAS merangkap Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan yang lebih dikenali Nasrudin Tantawi dan juga Ketua Dewan Ulama PAS Pahang merangkap Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mokhtar Senik.

Mokhtar Senik dilihat tiba di SPRM jam 9.50 pagi manakala Nashrudin Tantawi pula pada jam 10.25 pagi.

Seperti yang sedia maklum sebelum ini, Sarawak Report mendakwa sebelum ini bahawa UMNO-BN telah memasukkan RM90 juta kepada akaun pemimpin atasan PAS bagi menyokong kerajaan ketika itu.

Sumber : SINAR Harian