Rome Statute? Ini Jawapannya Kepada Pemfitnah

Pada 4 Mac 2019, Malaysia telah menandatangani Rome Statute of the International Criminal Court.

Apakah Rome Statute of the International Criminal Court (ICC) / Mahkamah Jenayah Antarabangsa?

Ia adalah satu treaty (perjanjian) rasmi antara negara-negara dalam mengiktiraf Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sebagai pelengkap kepada undang-undang sedia ada Negara Pihak (state party).


Apa bidang kuasa Mahkamah Jenayah Antarabangsa?

Artikel 5 – Mahkamah Jenayah Antarabangsa mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes-kes jenayah terkutuk seperti:-

a) genocide (penghapusan etnik) e.g. Rwanda, Myanmar
b) crimes against humanity (jenayah terhadap kemanusiaan) i.e. Penyiksaan, apartheid
c) war crime (jenayah perang e.g. Israel, Syria, Serbia
d) crime of aggression ( jenayah pencerobohan) e.g pencerobohan US-Iraq

Artikel 17 – Mahkamah Jenayah Antarabangsa hanya akan terpakai apabila Negara Pihak tidak berkemahuan atau berkemampuan (unwilling or unable) untuk menyiasat dan mendakwa kes jenayah terkutuk tersebut.

Image result for rome statute


Adakah kekebalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong akan terhakis?

Kalaupun Malaysia melakukan jenayah terkutuk seperti genosid, jenayah perang dsbnya, DYMM YDPA tidak akan disentuh oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa kerana:-

i) Artikel 40 Perlembagaan Persekutuan Malaysia – DYMM YDPA adalah Raja Berpelembagaan. Semua tugas-tugasnya di laksanakan atas nasihat Perdana Menteri/Kabinet.

ii) Artikel 41 Perlembagaan Persekutuan Malaysia – DYMM YDPA merupakan Pemerintah Tertinggi bagi angkatan tentera persekutuan. DYMM YDPA tidak diberi kuasa untuk mengisytihar perang.

iii) United Kingdom, Denmark, Jepun, Belgium adalah beberapa negara pihak yang mengamalkan Raja Berperlembagaan seperti Malaysia.


Kenapa Malaysia menjadi negara pihak?

i) Malaysia adalah negara awal yang menyokong dan memperjuangkan penubuhan Mahkamah Jenayah Antarabangsa pada Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkenaan Penubuhan Mahkamah Jenayah Antarabangsa pada 17 Julai 1998

ii) Malaysia tidak akan sekali-kali bertolak ansur dalam menentang penghapusan kaum dan jenayah perang dari berlaku terutama keatas kaum minoriti Islam e.g. Palestin, Rohingya, Uyghur,

iii) Malaysia kini boleh membawa kes ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk jenayah yang dilakukan oleh negara lain seperti Myanmar dan khususnya kes penembakan jatuh pesawat Malaysia Airlines MH 17 ke muka pengadilan.

iv) Malaysia kini boleh bersuara lebih lantang menentang negara-negara yang melakukan penghapusan etnik dan jenayah perang di Persidangan Tahunan Negara-Negara Pihak

v) Malaysia kini layak mencalonkan rakyatnya sebagai Hakim, Pendakwa dan Pendaftar serta jawatan-jawatan lain di Mahkamah Jenayah Antarabangsa

vi) Penyertaan meningkatkan lagi martabat Malaysia di mata dunia sebagai pejuang kebenaran dan keadilan antarabangsa.

Persoalan utama kepada mereka yang tidak bersetuju Malaysia menjadi negara pihak

ADAKAH KITA AKAN MELAKUKAN JENAYAH TERKUTUK SEPERTI PENGHAPUSAN ETNIK DAN JENAYAH PERANG?

ADAKAH KITA BERSETUJU DENGAN PENGHAPUSAN ETNIK DAN JENAYAH PERANG?

ADAKAH KITA HANYA MAHU BERDIAM DIRI BILA UMAT ISLAM DITINDAS DI NEGARA LAIN?

ADAKAH KITA SAMA SEPERTI ZIONIS ISRAEL LAKNATULLAH DAN MUSUH-MUSUH ISLAM LAIN?

Ini adalah pendapat peribadi penulis dan bukannya memaparkan pandangan pihak Melaka Insider