Pemuda PH Jasin Gesa Tindakan Tegas Dikenakan Penganjur Demo LGBT

1.Pada hari Sabtu bersamaan 9 Mac 2019, telah berlangsung perarakan LGBT di Kuala Lumpur

2.Perarakan tersebut yang bermula dari pusat membeli-belah Sogo sehingga ke Masjid Jamek itu telah menghimpunkan hampir 1,000 orang peserta

3.Dimaklumkan pada awalnya bahawa perarakan tersebut bertujuan untuk meraikan Hari Wanita Sedunia yang disambut pada semalam (iaitu Jumaat : 8 Mac 2019). Namun dilihat peserta perarakan yang menyokong gerakan LGBT telah mencemari program tersebut.

4.Ketua Polis Negara iaitu Datuk Seri Mazlan Lazim berkata pihak polis telah mengambil maklum akan perkara ini dan siasatan akan diambil terhadap program tersebut.

5.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.Mujahid Yusof Rawa memberi penegasan bahawa mempertahankan sesuatu yang salah di sisi Islam merupakan satu penyalahgunaan sistem demokrasi. Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr.Mahathir juga telah menegaskan bahawa ianya salah dari sisi undang-undang dan perbuatan ini tidak akan diterima sama sekali di negara ini.

Image result for perarakan lgbt kuala lumpur

6.Pemuda Pakatan Harapan Jasin menyokong penuh kenyataan YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Dan kami juga kesal akan tindakan yang dilakukan oleh pihak penganjur himpunan. Sesuatu yang salah dari sudut Islam dan kesemua agama, malah dari sudut manusiawi sangat tidak patut diperjuang dan dilakukan.

7.Hubungan sesama jantina ialah sesuatu yang keji dan jijik, malah tidak patut diamalkan di negara Malaysia ini. Kami sangat berharap supaya pihak kerajaan dapat mengambil tindakan yang sangat tegas kepada penganjur.

Image result for perarakan lgbt kuala lumpur

8.Negara Malaysia dan penduduknya tidak akan sesekali mengiktiraf LGBT dan sebarang bentuk perkara yang berkaitan dengannya. Namun, segala usaha untuk membawa golongan ini kembali ke jalan yang benar melalui program-program ilmiah sangatlah kami alu-alukan dan memberi sokongan penuh.

9.Ayuhlah kita menjaga nama baik negara Malaysia ini yang terdiri dari masyarakat yang kaya dengan kepelbagaian bangsa dan agama. Kita tidak memerlukan budaya LGBT di negara ini dan segala usaha memperbaiki perkara ini sangatlah diperlukan.
.
Ustaz Muhammad Bin Kamal
Exco Pemuda Amanah Melaka.
Ketua Pemuda Pakatan Harapan Jasin


Ini ialah pendapat peribadi penulis dan bukannya menggambarkan pandangan pihak Melaka Insider