Digigit Anjing, Peguam Najib Minta Tangguh Lagi…

MAHKAMAH Rayuan Putrajaya bersetuju untuk menyambung perbicaraan kes rayuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan SRC International Sdn Bhd sehingga Jumaat ini berikutan tangan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengalami kecederaan.

Muhammad Shafee memberitahu kepada tiga anggota panel Mahkamah Rayuan bahawa beliau tidak boleh meneruskan perbicaraan kerana pergelangan tangan kirinya retak.

“Anjing melompat ke atas saya,. Kini saya kesakitan dan memerlukan rawatan segera,” kata Shafee kepada panel tiga anggota yang terdiri daripada Zabariah Mohd Yusof, Lau Bee Lan dan Rhodzariah Bujang pada Selasa.

Peguam Negara, Tommy Thomas, yang bertindak sebagai pendakwa raya dalam kes tersebut, berkata walaupun beliau bersimpati tetapi pihak pendakwaan tidak menyokong perbicaraan ditangguhkan lebih lanjut.

“Seluruh negara, semua orang, mahu perbicaraan bermula esok (Rabu) jika boleh.

“Terdapat tekanan terhadap pasukan pendakwa, sebenarnya tekanan global ke atas kami untuk memulakan perbicaraan.

“Saya faham peguam bela ada masalah, tetapi di sisi lain kami di bawah pengawasan mengapa perbicaraan ini tidak bermula,” katanya.

Oleh itu, menurut Thomas beliau brharap rayuan dapat didengar secepat mungkin untuk membuka jalan supaya perbicaraan dapat dimulakan.

Panel hakim kemudiannya membenarkan penangguhan dan menetapkan Jumaat 8:30 pagi untuk perbicaraan rayuan kali keempat dan terakhir.