Allahyarham Ustaz Norazli-Ahli AMANAH Pamer Akhlak Islam

Kehilangan Malaysia terhadap Ustaz Norazli Musa yang lebih dikenali Ustaz Azli Taliban di Madinah sangat mengejutkan rakyat di negara ini terutama ahli Parti Islam Malaysia.

Allahyarham dikatakan meninggal Jam 12.30 pagi di sana dan dikebumikan di Perkuburan Baqi’.

Pemergian beliau disambut dengan doa kebaikan bukan sahaja dari partinya sendiri, namun dari pesaing PAS itu sendiri iaitu Parti AMANAH Negara.

Mereka (AMANAH) turut menggalakkan ahli mereka mendoakan buat Ustaz Norazli Musa, dengan membuat poster ucapan agar perkara kehilangan beliau diketahui dan didoakan.

Kebanyakan status ahli AMANAH di media sosial mendoakan kebaikan buat Ustaz Norazli Musa.

Saudara Yuzi Azhar mendoakan bekas pimpinan beliau dari PAS itu dengan doa yang memuliakan Allahyarham.

Seperti saudara Faeez Azhar melalui status FBnya, beliau mendoakan kesejahteraan dan kebaikan buat beliau.


Sama juga keadaannya bagi saudara En.Zulkhairi Abd Aziz, seorang peguam (juga ahli AMANAH) yang turut memberikan kata-kata yang baik buat kehilangan Ustaz Norazli Musa.

Inilah sebahagian kecil doa dan ucapan kebaikan yang ditulis oleh ahli AMANAH terhadap kehilangan seorang individu yang menjadi pesaing parti politik mereka.

Saudara Wan Abd Muhaimin menerusi laman Facebooknya berkata, Inilah budaya politik matang dan sejahtera sebenar yang patut dibawa oleh golongan Muslim.

Semoga Allah menempatkan Ustaz Norazli Musa dalam kalangan para nabi, sahabat, tabiin dan orang-orang yang soleh.