Islam Berkembang-Salahuddin Ayub Bantu Islamkan Khalib Layang Di Pulau Pinang

Pulau Pinang, 12 MAC 2019 – Kehadiran YBM Dato’ Salahuddin Ayub ke Pulau Pinang bukan sahaja atas tugasan kerjanya, namun juga sempat berbakti pada agama.

Beliau secara asasnya hadir untuk Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Peringkat Negeri Pulau Pinang yang berlangsung di Perkarangan Institut Penyelidikan Perikanan Batu Maung, Pulau Pinang.

Namun, segalanya menjadi lebih istimewa apabila beliau turut membantu pengIslaman seorang pemuda Kristian iaitu Khalib Layang di Pen Mutiara Batu Maung.

Majlis serba ringkas yang disusun oleh Azley Stanley dan
dijalankan itu turut di hadiri oleh YB Hj Zolkifly Md Lazim, Penaung MyIKUT, ahli Parti AMANAH Negara, anggota Lembaga Persatuan Nelayan dan kakitangan agensi.

Semoga Khalib Layang menjadi Muslim yang beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan berdoa supaya Islam akan terus berkembang megah.