Kata Yeo Bee Yin Sibuk Urusan Kahwin, Pemuda PAS Dibidas Syahredzan Johan.

13 Mac 2019 – Kenyataan seorang pemimpin Pemuda PAS Malaysia dibidas mudah oleh saudara Syahredzan Johan melalui pautan Facebooknya.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, sut dan rakaman dekat
Syahredzan Johar

Pemimpin muda itu yang dikenali sebagai Nazman Che Ibrahim, selaku Pengerusi Lajnah Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia mengatakan di Harakahdaily.net bahawa Yeo Bee Yin yang masih sibuk dengan majlis perkahwinan supaya bertindak pantas untuk tragedi di Seri Alam itu.

Image result for nazman che ibrahim
Nazman Che Ibrahim
Imej mungkin mengandungi: teks
Keratan dari HarakahDaily.net

Tulisan Nazman yang sengaja ditulis bagi memperlekehkan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim itu dibidas tangkas oleh saudara Syahredzan Johan.

Beliau mengatakan bahawa YBM Yeo Bee Yin ada di Seri Alam pada hari Ahad, berkahwin pada hari Isnin dan berada semula pada hari Rabu (hari ini).

Kenyataan Nazman Che Ibrahim yang turut di muat naik di FB Harakahdaily teruk menerima hentaman oleh pengguna media sosial yang lain.

Namun, Nazman telah memadam kenyataannya yang berkaitan perkahwinan itu setelah mendapat kritikan hebat.