Pengusaha Kilang, Suspek Kepada Pencemaran Toksid Akan Didakwa Esok.

PASIR GUDANG 13 Mac – Seorang pengusaha kilang di Kulai yang dipercayai terlibat mengakibatkan pencemaran toksik di Sungai Kim Kim di sini dijangka didakwa di mahkamah esok.

MENTERI Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin dan Pengarah JAS Joh
MENTERI Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin dan Pengarah JAS Johor, Datuk Dr. Mohammad Ezzani Mat Salleh ketika sidang akhbar di Menara Aqabah di sini hari ini

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, pengusaha tersebut merupakan seorang daripada tiga suspek yang ditahan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri sebelum ini.

“Kertas siasatan berhubung perkara itu sudah disiapkan JAS negeri dan telah menyerahkannya kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) hari ini untuk penelitian serta pertimbangan dan mendapatkan izin mendakwa.

“Kertas pertuduhan itu dibuat di bawah Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang memperuntukkan penjara tidak lebih 5 tahun dan denda tidak lebih RM500,000,” katanya dalam sidang media selepas taklimat bersama JAS negeri di sini sebentar tadi.

Sumber- UTUSAN ONLINE