Setelah Malindo, Air Asia Pula Akan Beroperasi Di LTAM- Sofi Wahab

BATU BERENDAM 13 Mac -Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) mampu menjadi sebuah perkhidmatan pengangkutan awam yang relevan di negeri ini berdasarkan bilangan penumpang yang makin meningkat setiap hari.

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang berdiri dan dalaman

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab berkata, walaupun sebelum ini dikenali sebagai sebuah projek gajah putih, namun setelah beberapa laluan domestik diperkenalkan ia kini bakal menjadi lokasi penerbangan yang sibuk.

Jelasnya, dua laluan ke Langkawi dan juga Kota Bharu telah diperkenalkan melaui syarikat penerbangan Malindo Air sejak seminggu lalu mula merekodkan seramai 40 penumpang dalam sehari bagi satu perjalanan.

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, orang berdiri

Ujarnya, bilangan tersebut dijangka akan meningkat lebih-lebih lagi musim cuti persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi.

“Bilangan itu dijangka meningkat lebih daripada 70 orang pada musim cuti ini dan peratusan sebanyak empat peratus ini bakal menunjukkan peningkatan kepada pelancong yang menggunakan perkhidmatan udara di Melaka.

“Walaupun baru saja 12 hari kita wujudkan perkhidmatan ini ianya mampu membantu kadar ekonomi negeri sdalam meningkatkan industri pelancongan Melaka selaras dengan Tahun Melawat Melaka 2019 yang dilancarkan sebelum ini.

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang berdiri dan teks

“Pembukaan laluan baharu ini mampu memberi kesan baik dan sekali gus akan menarik lebih banyak syarikat penerbangan bagi menawarkan perkhidmatan pengangkutan udara di negeri ini,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas lawatannya bagi menyambut ketibaan dan pelepasan pelancong ke Melaka di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mohd Sofi berkata, syarikat penerbangan Air Asia turut akan beroperasi dan memulakan perkhidmatannya bermula Julai nanti dengan perjalanan destinasi pertamanya dari Melaka ke Pulau Pinang.

Imej mungkin mengandungi: langit, kapal terbang dan luaran

Katanya, melalui perlaksanaan itu ianya mampu mengerakkan perkhidmatan LTAM kepada lapangan terbang yang aktif dan sibuk dengan sambutan pelancong yang datang ke Melaka.

“Kita juga harap agar pelbagai fasiliti dan kemudahan perlu ditingkatkan di sini seperti memperbanyakkan bilaingan kedai juaan yang mampu menjana pendapatan kepada masyarakat tempatan.

“Selain, perkhidmatan pengankutan awam yang lain seperti bas seharusnya beroperasi di kawasan ini dengan mengambil dan menurunkan penumpang ke lapangan terbang ini.

“Sepert contoh, perkhidmatan Bas Panorama Melaka mampu membuka laluan baharu ke LTAM sebagai platform bagi menghubungkan laluan LTAM dan lokasi pelancongan di negeri ini,” katanya.