Usah Beri Muka, Tangkap Mereka Yang Bersalah – tegas Pemuda AMANAH Melaka

1.Tragedi pencemaran toksid yang bermula sejak minggu lepas iaitu 7 Mac 2019 sehingga ke hari ini semakin membimbangkan.

2.Dari belasan orang sehingga mencecah puluhan yang terkena kesan bahan kimia tersebut, rekod sehingga petang ini ialah sebanyak 566 orang.

3.Pemuda AMANAH Negeri Melaka melihat ini sebagai satu insiden yang amat membimbangkan. Ianya bukan sahaja merosakkan alam sekitar yang terdiri dari sungai dan udara,namun telah menyerang orang ramai yang majoriti besarnya ialah pelajar-pelajar sekolah.

4.Pihak yang bersalah sepatutnya ditangkap, didakwa dan dihukum dengan tindakan yang sangat tegas supaya menjadi pengajaran kepada masyarakat supaya jangan sesekali merosakkan alam sekitar. Usahlah diberi muka kepada mereka yang telah mengancam nyawa anak-anak yang tidak bersalah itu.

Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang duduk dan dalaman

5.Kami juga berharap pihak kerajaan dan agensi yang terlibat dalam menjalankan amanah dengan baik dalam merawat dan juga menguruskan toksid yang berbahaya itu.

6.Kita tidak seharusnya memandang perkara-perkara seperti maksiat, judi, LGBT, rasuah, dan sebagainya sebagai dosa yang besar yang tiada peluang berubah dan taubat . Namun, menjadi kewajipan kita sebagai manusia yang diciptakan sebagai khalifah di muka bumi Allah ini untuk mentadbir alam ini dengan sebaiknya, bukan sahaja memberi manfaat pada manusia, tetapi juga kepada bumi yang kita duduki ini.

Image result for sungai kim kim

7.Pemuda AMANAH Negeri Melaka juga mengucapkan tahniah kepada Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin dan juga Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad atas gerak kerja yang telah disusun demi membantu masyarakat Seri Alam yang ditimpa musibah itu.

8.Tidak dilupakan juga atas ketangkasan YBM Dr.Maszlee Malik selaku Menteri Pendidikan dalam tindakan terhadap sekolah-sekolah yang terlibat.

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang

9.Kami mendoakan yang terbaik untuk kesemua mereka yang terlibat supaya diberikan kesembuhan oleh Allah dan juga buat mereka yang menghulurkan bantuan.

PEMUDA BEKERJA.

Ustaz Norkhairi Bin Yusof
Ketua Pemuda
Pemuda AMANAH Negeri Melaka

Ini ialah pendapat penulis dan bukannya menggambarkan pandangan pihak Melaka Insider.

Advertisements