Yeo Bee Yin, Selamat Ber-“honeymoon” Di Sungai Kim Kim-ucap Ubaidillah Harith

Kes pembuangan sisa kimia yang mengeluarkan gas metana ke dalam Sungai Kim Kim di Pasir Gudang sehingga memberi kesan buruk kepada orang awam dan pelajar sekolah yang berhampiran.

Image result for pencemaran sungai kim kim


Telah terbit laporan-laporan kesan buangan sisa kimia itu sehingga pelajar dan orang awam ada yang muntah-muntah dan pengsan selepas terhidu gas metana tersebut.

Kini tragedi tersebut telah memasuki gelombang kedua melanda kawasan sekitar Sungai Kim Kim. Data-data mangsa yang terlibat telah pon dikeluarkan di media-media.

Image result for pencemaran sungai kim kim



Pengarah Kesihatan Negeri Johor telah pon menasihati murid dan penduduk tempatan agar segera mendapatkan rawatan sekiranya mempunyai gejala pedih mata, sakit dada dan sesak nafas dan disyaki terhidu dan terdedah kepada bahan kimia tersebut.

Sultan Johor turut bertitah mahu pihak berkuasa melakukan siasatan secara menyeluruh terhadap insiden itu.

Image result for pencemaran sungai kim kim


Baginda juga telah melahirkan penghargaan terhadap pasukan perubatan yang bertungkus-lumus memberikan rawatan kepada mangsa yang dimasukkan di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Reaksi pantas dari Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim wajar dipuji dalam menghadapai isu alam sekitar yang sedang berlaku. Nasihat penulis, inilah masa sebenar “honeymoon”, iaitu saat manis bagi seorang menteri demi menjalankan tanggungjawab demi rakyat, atas tragedi akibat pencemaran alam ini.

Andalah wirawati Kementerian dan Jabatan-jabatan Alam Sekitar dalam memberi kata putus bagi menyelesaikan bencana yang sedang melanda. Kelayakan akademik serta pengalaman menteri ini amat ditagih dalam memberi kata putus serta menyusun langkah-langkah dan tindakan terhadap pencemaran yang sedang berlaku. Demi menyelamatkan alam sekitar, rakyat dan mengembalikan kelestariannya.

Ubaidillah Harith bin Shahrin
Exco Pemuda Amanah Negeri Melaka.
Graduan Sarjana Muda Sains Marin, UMT.

Ini ialah pandangan peribadi penulis dan bukannya menggambarkan pendapat Melaka Insider.

Advertisements