TV PAS Melaka Fitnah Melaka Sentral- Jamzuri & Sofi Bidas Tuduhan Jahat

Melaka Sentral,13 Mac 2019-FB TV PAS Melaka sebelum ini ada memuat naik posting mengenai peniaga-peniaga Melayu di Terminal Melaka Sentral dihalau oleh ahli-ahli Lembaga Pengarahnya yang terdiri dari Adun-Adun DAP.

Imej mungkin mengandungi: teks

Jamzuri Ardani berkata menerusi laman Facebooknya berkata “Ini adalah diantara contoh fitnah jahat pembangkang di Melaka. Fakta pun tak betul. BOD Melaka Sentral mempunyai 3 ADUN DAP iaitu YB Tey, YB Saminathan dan YB Damian. Seorang lagi ADUN bukan Melayu adalah YB Gue Teck dari PKR.”

“Pengerusi Lembaga Pengarah Melaka Sentral ialah Tuan Nazri Kassim. Pengurus Besar Melaka Sentral adalah Tuan Yusof Abdullah.” sambungnya lagi.

Imej mungkin mengandungi: teks

YB Mohd Sofi selaku Exco Kerja Raya, Pengangkutan & Kemudahan Awam pula berkata “Apa yang berlaku sebenarnya ialah pihak JKR telah melakukan pemeriksaan ke atas bangunan Melaka Sentral dan mencadangkan supaya kerja-kerja pembaikan dibuat segera akibat masalah mendapan bangunan bagi mengelakkan kerosakan struktur yang lebih teruk.”

Dimaklumkan juga, tindakan pantas pengurusan Melaka Sentral yang baru adalah untuk menjamin keselamatan pengguna awam dan memindahkan sementara peniaga yang terlibat sehinggalah kerja-kerja pembaikan selesai. Ianya langsung tiada kena mengena dengan apa-apa isu perkauman. Majoriti Ahli-Ahli Lembaga Pengarah juga adalah dari kalangan orang Melayu, tidak seperti yang cuba digembar-gemburkan.

Peniaga-peniaga yang dipindahkan adalah terdiri dari semua kaum demi keselamatan mereka.

“Saya sungguh kesal dengan fitnah yang dimainkan oleh pihak pembangkang yang langsung tidak berpijak kepada fakta sebenar. Tidak takutkah mereka kepada dosa dan balasan Allah,” sambung Mohd Sofi

Sumber : FB Jamzuri Ardani & Sofi Wahab