3 Tokoh Pemimpin Muda Menjadi Kebanggaan Malaysia- Ustaz Nor Khairi

1. Forum Ekonomi Dunia (WEF) baru-baru ini telah mengeluarkan senarai Pemimpin Belia Global atau ‘Young Global Leaders’. Senarai yang dikeluarkan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) ini merupakan senarai pemimpin yang luar biasa di bawah 40, diasaskan untuk memacu dan menonjolkan model kepimpinan baru. 

Image result for yeo bee bin
Yeo Bee Yin

2. Setiap tahun, organisasi WEF akan menyenaraikan kepimpinan muda yang membawa agenda perubahan terbaik, berpandangan jauh dan berpotensi untuk menyumbang kepada situasi global.

3. Terdapat 126 individu yang telah tersenarai sebagai Pemimpin Belia Global diiktiraf oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF). Tiga orang anak Malaysia telah melakar sejarah mewakili tanah air dalam senarai itu bagi kelas tahun 2019.

Image result for syed saddiq
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

4. Individu dari Malaysia yang tersenarai itu ialah Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Yeo Bee Yin, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, serta Pengerusi Ahli Lembaga Tadbir Amnesty International Malaysia Anjhula Mya Singh Bais.

5. Pencapaian ini menjadi penanda aras bahawa Malaysia masih memiliki kepimpinan anak muda dan belia yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa dan global.

Related image
Anjhula Mya Singh Bais.

6. Pemuda AMANAH Melaka amat berbangga dengan YB Yeo Bee Yin, Syed Saddiq, dan Anjhula Mya Bais kerana mendapat peluang dan pencapaian yang begitu baik. Diharapkan supaya anak-anak muda di Malaysia boleh menggapai pencapaian yang cemerlang seperti mereka, malah diharapkan lebih baik lagi

7. Semoga Malaysia Baharu mampu melahirkan serta membentuk lebih ramai pelapis kepimpinan muda dan belia yang bertaraf global.

Ustaz Norkhairi bin Yusof.

Ketua Pemuda,

Pemuda AMANAH Negeri Melaka.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s