Keganasan Di Christchurch : Dunia Jangan Berdiam Diri- Ustaz Mohammad

1.Di hari Jumaat yang mulia semalam kita dikejutkan akan seorang lelaki yang telah melakukan serangan tembakan secara rambang di Masjid Christchurch, New Zealand.

2.Lebih mengejutkan dan menggerunkan, suspek turut melakukan siar-langsung menerusi laman sosial Facebook miliknya. Ini menjadikan jutaan pengguna media sosial melihat sendiri tragedi berdarah tersebut.

3.Suspek yang dikenali sebagai Brenton Tarrant, berumur 28 tahun memasuki masjid setelah turun dari kenderaan milik, mengambil senapang dari but kereta dan terus melakukan tembakan ke dalam masjid yang sarat dengan jemaah kita-kira 400 orang.

4.Sehingga kini, dikaporkan 49 orang telah syahid terkorban di dalam serangan itu. Malah Perdana Menteri New Zealand turut mengeluarkan arahan bahawa Bandar Christchurch ditutup di atas insiden tersebut.

Image result for christchurch
Wajah Pengganas Brenton sebelum beliau keluar melakukan tembakan rambang kepada jemaah Muslim

5.Keganasan yang dilakukan oleh pengganas Brenton Tarrant tersebut sangat tidak boleh dimaafkan, dan perlunya suspek dihukum dengan hukuman yang berat kerana telah membunuh puluhan nyawa yang tidak berdosa serta membuatkan dunia dalam keadaan panik.

6.Pemuda Pakatan Harapan Jasin yang juga mewakili rakyat Malaysia mengutuk dan mengeji tindakan tidak bertamadun ini, dan diharapkan kerajaan New Zealand dapat bertindak segera ke atas pesalah serta mengenakan tindakan setimpalnya diatas perlakuan yang dilakukan.

7.Kami juga menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu (PBB)dapat mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan terkutuk ini kerana meragut nyawa insan yang tidak bersalah.

8.Kami juga berharap orang ramai tidak menyebarkan atau mengshare video tersebut dilaman sosial agar tidak menimbulkan huru-hara Dan panik dalam masyarakat serta ingin menjaga sensetiviti Ahli keluarga mangsa.

9.Semoga Ahli keluarga mangsa yang terkorban dikurniakan kesabaran yang tinggi diatas perkara yang berlaku ini serta didoakan agar saudara Kita yang menjadi mangsa ini ditempatkan bersama orang-orang soleh.ameen

PEMUDA BEKERJA

Ustaz Mohammad Ibn Kamal
Ketua Pemuda Pakatan Harapan Jasin
Exco Pemuda AMANAH Negeri Melaka