Mahasiswa AMANAH Mengecam Serangan Masjid Di Christchurch Newz Zealand

Seluruh dunia gempar dengan tragedi tembakan yang berlaku terhadap dua buah masjid di Jumaat di Christchurch, New Zealand yang mana ianya merupakan tragedi hitam terhadap dunia kemanusiaan dan keamanan sejagat.

Kejadian yang berlaku ini benar-benar mendukacitakan masyarakat dan menunjukkan seolah-seolah murahnya nyawa manusia apabila menyebabkan sekurang-kurangnya 49 maut serta berpuluh-puluh lagi cedera dalam apa yang disifatkan oleh Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern sebagai serangan pengganas.

Lebih malang lagi kejadian berlaku dalam keadaan suasana masyarakat yang sedang dalam persiapan untuk menunaikan ibadah di dalam sebuah negara yang diiktiraf antara negara teraman di dunia. Empat rakyat Malaysia juga disahkan terlibat menjadi mangsa dalam serangan pengganas di dua masjid di Christchurch ini dengan tiga daripadanya cedera dan seorang masih belum dapat dikesan.

Image result for christchurch

Mahasiswa Amanah menyatakan rasa sedih dan kesal dengan tindakan tidak bertamadun dan bercanggah dengan nilai kemanusiaan yang meragut nyawa orang awam. Masyarakat di Malaysia digesa bersama-sama masyarakat antarabangsa mengutuk tragedi serangan pengganas yang telah mencabuli nilai-nilai manusiawi ini.

Perbuatan menyerang masjid yang merupakan sebuah rumah ibadah tidak patut berlaku. Di dalam keadaan perang sekalipun tidak ada mana-mana undang-undang yang membenarkan untuk menyerang rumah ibadah.

Related image

Kami melihat tragedi yang berlaku ini juga lebih menjurus kepada sikap dendam penyerang dan kebencian yang melampau terhadap agama Islam akibat menganuti fahaman ekstrem bersifat perkauman. Jelas disini fahaman ekstrim dan perkauman seumpama ini mampu memberikan ancaman kepada keamanan sesebuah masyarakat dan negara.

Mahasiswa Amanah mengajak semua masyarakat berdoa akan kesejahteraan mangsa-mangsa yang terkorban dan menyatakan simpati kepada mangsa-mangsa tragedi hitam ini. Kita juga berharap tragedi seumpama ini tidak lagi berulang berlaku di mana-mana tempat kerana jelas melanggar norma-norma masyarakat yang cinta akan keamanan.

Fakhrul Razi Hamdan
Pengerusi
Mahasiswa Amanah Nasional

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s