Pembangkang Lambat Masuk Dewan Punca TYT Tangguh Ucapan Rasmi

Melaka, 16 Mac 2019 – Kehadiran Pembangkang Negeri Melaka yang diwakili oleh Barisan Nasional semalam semasa Majlis Istiadat Pembukaan Sidang DUN mendapat perhatian setempat.

Mereka yang berpakaian serba hitam mengatakan ianya sebagai tanda protes kepada kerajaan negeri kerana mengadakan upacara pembukaan Persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 pada hari Jumaat.

Imej mungkin mengandungi: Fendi Ahmad dan Wan Ahmad Afiq Noordin, orang senyum, orang berdiri

Idris Haron selaku bekas Ketua Menteri Melaka dan juga ADUN Sg.Udang mengatakan ahli sidang DUN tidak dapat mendengar amanat daripada Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob dengan panjang lebar akibat keterbatasan masa.

Wan Ahmad Afiq Noordin berkata ianya bukanlah berkait dengan masa. Walhal majlis berakhir jam 11.00 pagi dan setiap ahli sidang DUN mempunyai masa yang cukup untuk perkara yang lain.

Wan Ahmad Afiq juga menjelaskan, pembangkanglah yang tidak tahu menghormati majlis malah mengakibatkan Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob terpaksa menangguhkan ucapannya untuk menunggu ADUN-ADUN pembangkang masuk ke dewan.

“Jika tiada isu untuk dibangkitkan, tidak perlu untuk timbulkan isu yang lain” jelas Wan Ahmad Afiq

Sambil berseloroh mengenai masa, beliau menyebut “Upacara berakhir jam 11.00 pagi dan kami terus ke Ayam Penyet Lamongan di MITC untuk menjamah sepinggan Sotong Set bersama air Sirap Longan Ais.

Alhamdulillah. Makan pon selesai dan 12.40 tengah hari kami sudah berada di dalam Masjid MITC.”

Advertisements