Tidak Sensitif, Nazri Tegur ADUN Mengkibol

Melaka, 16 Mac 2019 – Pemuda AMANAH Negeri Melaka melahirkan kekesalan terhadap ADUN Mengkibol iaitu YB Chew Chong Sin dari Democratic Action Party (DAP) di atas kenyataannya barunya.

Beliau yang mengulas tragedi Christchurch sebagai tragedi dan mengaitkannya dengan perpaduan UMNO-PAS sebagai pengganas mendapat reaksi hebat dari kalangan orang Islam di Malaysia.

Nazri Haris, juga selaku Pengarah Komunikasi Pemuda AMANAH Negeri Melaka yang membidas kenyataan ADUN Mengkibol tersebut melalui pautan media sosial Facebooknya berkata adalah lebih elok jika perkara sensitif seperti ini tidak dipolitikkan kerana ianya hanya akan lebih mengguris hati orang Islam.

Ketika dihubungi oleh media, beliau berkata,”Dalam suasana negara kita yang dalam krisis di Pasir Gudang, manakala dunia Islam sedang pilu akibat serangan pengganas di New Zealand, adalah lebih elok semua pihak kurangkan bercakap dan melebihkan kerja. Jika tidak mampu, diam itu lebih baik”

“Kita tidak menolak memang ada segelintar penduduk Malaysia yang agak ‘kasar’, dimana mereka terdiri dari pelbagai bangsa dan agama, dan ianya mesti dikawal. Namun ucapan beliau (ADUN Mengkobil) tidak sesuai dilafazkan tika masa serta suasana saat ini sangat kritikal”

Saat ditanya oleh media, apakah teguran yang dilakukan secara ‘public’ itu akan menjadi isu diantara parti-parti Pakatan Harapan yang lain, beliau berkata ianya tidak menjadi masalah kerana itulah budaya sihat di dalam kalangan mereka.

“Sekiranya ianya perkara yang betul, ahli wajar untuk menyokong, manakala jika ternyata salah, maka menjadi kewajiban ahli untuk menegur kepimpinan bagi memperbetulkan keadaan supaya tidak menjadi barah.” jelasnya lagi.

Dalam kenyataan terbaru beliau, Chew kemudian menarik balik kenyataan itu atas alasan bahawa ia telah menyebabkan “salah faham”.

“Hasrat asal kenyataan akhbar saya adalah untuk menyatakan kebimbangan tentang ekstremisme agama di negara ini, tetapi ia mengakibatkan salah faham, saya sangat menyesal dan menarik balik kenyataan saya,”

Tragedi tembakan rambang di Christchurch yang berlaku di dalam masjid itu mengorbankan 49 orang jemaah dan beberapa yang lain cedera parah. Rakyat Malaysia yang berada di sana disahkan selamat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s