Doa PAS Untuk UMNO Mampus Makbul-Kata Nik Amar

Bagi PAS, perkembangan politik dalam negara hari ini sedikit sebanyak ada hubungan dengan makbulnya doa parti itu sebelum ini.

Naib Presiden PAS, Mohd Amar Nik Abdullah, berkata antaranya ialah hubungan di antara partinya dengan Umno selepas kerajaan BN ditumbangkan di Putrajaya pada PRU ke-14 lalu.

“Antara isu besar dalam perkembangan politik negara (ialah) hasil daripada kejatuhan kerajaan BN baru-baru ini.

“Selepas kita pakat berdoa siang malam (supaya) mapuh (mampus, atau kalah) Umno… mapuh Umno… akhirnya tuhan makbulkan doa apabila BN – yang Umno menjadi terasnya – tumbang.

“Walaupun bukan kita naik jadi kerajaan, doa dan usaha kita selama ini jadi kenyataan,” katanya.

Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan berkata demikian semasa berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-47 PAS Pengkalan Chepa di Kota Bharu, semalam.

Menurut Mohd Amar, selepas doa tersebut dikabulkan dan Umno jatuh dari kekuasaan, PAS kemudian berasa kasihan terhadap nasib parti itu.

“Cuma sekarang bila Umno jatuh, jatuh pula depan muka kita, nak sepak pun kasihan dah (sebab) dia jatuh dah. Nak angkat (tak kena) sebab dulu kita yang nak dia jatuh.

“Nak tinggal (begitu saja) kasihan, sebab dia duduk panggil nak bangun tak boleh. Jadi ini dilema yang ada pada kita sekarang,” katanya yang menyulami kenyataan itu dengan kiasan.

Bukan fikir parti sangat

Justeru kata Yang Dipertua PAS Pengkalan Chepa itu keadaan sekarang memerlukan pimpinan parti membuat keputusan besar dalam konteks hubungan dengan Umno.

Menurutnya, disebabkan itu pemimpin PAS terpaksa menilai dan menganalisis suasana serta perlu melihat keadaan itu dalam konteks yang lebih luas.

“Bukan tengok apa yang ada di depan, tetapi nak tengok untuk lima tahun lagi, 10 tahun lagi, apa yang akan berlaku.

“Kalau keputusan yang kita buat hari ini dari segi politik sekurang-kurang memberi kesan lima tahun akan datang.

“Di situ rumitnya pimpinan kita nak buat keputusan. Maka sebab itulah penting kita duduk baik-baik dengan parti,” katanya.

Menurut Mohd Amar lagi pimpinan PAS tidak akan membuat sebarang keputusan secara terburu-buru, selain mengambil kira pelbagai aspek yang ada.

Tambah beliau, apabila keputusan dibuat oleh pimpinan di peringkat pusat, maka anggota mesti mematuhinya selagi ia tidak bercanggah dengan syarak.

Hal itu kerana, katanya, PAS sebagai “parti Islam” mereka sentiasa mengutamakan agama.

“Segala tindakan yang kita buat ialah untuk kepentingan Islam.

“Kita bukan fikir apa nak jadi pada parti kita sangat, (atau) apa nak jadi pada pimpinan, tetapi lebih besar ialah, apa yang akan terjadi pada Islam,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s