“Elok Tembak Puak-Puak Dap Ini”-Bro Syeikh Tegur Pemimpin UMNO

Setiausaha Publisiti DAP Johor Sheikh Omar Ali menggesa bekas ketua pemuda Umno Wilayah Persekutuan Razlan Rafii memohon secara terbuka dan menarik balik ciapannya yang berbunyi “elok ditembak puak-puak DAP” semalam.

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum
Syeikh Omar Ali

Sheikh Omar berkata ciapan itu jelas mengandungi unsur kebencian dan “hasutan untuk melakukan tindakan jenayah”.

“Apa yang dilakukan Razlan akan membawa mesej salah kepada rakyat. Jika dibiarkan, ia boleh membangkitkan sentimen kebencian malah boleh ditafsir sebagai arahan atau hasutan untuk melakukan tindakan jenayah.

Petikan dari Tweeter Razlan

“Kita sedia maklum dalam media sosial tanpa sempadan ini, sebarang ungkapan negatif dan berunsur ugutan atau hasutan boleh menimbulkan rasa tidak puas hati menerusi sikap semberono oleh sesetengah golongan ekstrem. Pemimpin politik harus mengelak dan menjauhi sikap sedemikian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sheikh Omar yang juga adun Paloh memberi Razlan tempoh 24 jam untuk berbuat demikian dan jika gagal berbuat demikian, beliau akan mengarahkan laporan polis dibuat.

Razlan membuat ciapan itu ketika mengulas bidasan Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki terhadap Adun Mengkibol Chew Chong Sin mengenai serangan pengganas di Christchurch, New Zealand pada Jumaat lalu.

Chew berkata pembunuhan beramai-ramai di New Zealand yang mengorbankan 49 nyawa itu perlu menjadi pengajaran kepada rakyat Malaysia mengenai perlunya mengekang ekstremisme, memetik contoh kerjasama Umno-PAS dan naratif mereka.

Beliau kemudian menarik balik kenyataan itu dan berkata ia telah membawa kepada salah faham.

Razlan bagaimanapun mempertahankan kenyataanya itu dan menyifatkannya sebagai sindiran dan ulasan terhadap Chew.

Sheikh Omar berkata DAP sendiri melalui setiausaha agungnya Lim Guan Eng telah memberi arahan keras kepada Chew ekoran kenyataan tersebut.

“Saya menggesa semua pihak, baik pemimpin parti saya sendiri dan mana-mana parti, NGO dan individu untuk mengelak daripada memberi kenyataan tidak sensitif terhadap apa jua perkara yang melibatkan kepentingan awam.

“Kita harus bersama-sama menolak politik kebencian dan ekstrem. Kita mahu suasana harmoni dikalangan rakyat pelbagai bangsa dan agama kekal harmoni walaupun terdapat perbezaan fahaman politik,” katanya lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s