Kronologi Pusat Tahfiz Amal Yang Tular Ditutup

Mula beroperasi pada tahun 2005 di atas tapak Sekolah Menengah Agama Al-Falah (Tuan tanah – En. Abd Kadir bin Ibrahim & En. Ghausillah b. Hj Bakar)

Pusat tahfiz tersebut tidak berdaftar di bawah Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Negeri Kedah Tahun 1988 (Seksyen 22)

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang berdiri, sut dan teks

Pusat Tahfiz Amal telah menghantar surat bertarikh 3 Februari 2008 memohon penangguhan penutupan pusat tersebut selama 90 hari atas alasan untuk menguruskan penghantaran balik pelajar-pelajar miskin secara beransur-ansur ke negeri masing-masing.

Bahagian Pendidikan JHEAIK telah menghantar notis bertarikh 10hb Februari 2008 mengarahkan Pusat Tahfiz Amal ditutup.

Pada 14 Julai 2008, dua orang pegawai dari Bahagian Pendidikan JHEAIK telah pergi melihat sendiri keadaan Pusat Tahfiz Amal dan mendapati pusat tersebut masih beroperasi dan masih menjalankan perniagaan seperti biasa.

Dari masa ke semasa, pusat tersebut masih beroperasi dan telah didapati menukar nama pusat tersebut kepada nama baru iaitu Pertubuhan Pendidikan & Latihan Amal Bestari dan menjalankan kegiatan jualan seperti biasa.

Pada 28 Januari 2014, Jabatan Agama Islam Kedah mengeluarkan surat untuk mengarahkan pusat tersebut menghentikan operasi / aktiviti jualan oleh pelajar-pelajar tersebut.

Setelah pusat tersebut menerima notis penamatan penyewaan bertarikh 12 November 2014, mereka telah berpindah ke lokasi baru di Kampung Permatang Alor Ibus, Jalan Yan.

Pusat tersebut sekali lagi berpindah ke lokasi baru di Taman Zamrud, Pekan Baru, Sungai Petani. (PUSAT RAWATAN AMAL)

PUSAT RAWATAN AMAL

Lokasi terbaru – No. 959 – 972, Off Jalan Zamrud 6, Taman Pekan BAru, 08000 Sungai Petani, Kedah.

Hasil siasatan ke pusat tersebut didapati :

Beroperasi sebagai Pusat Rawatan Amal
Tidak berdaftar dengan JHEAIK (sbg pusat pengajian Islam)
Pengetua – Hj Zainol bin Abu Samah
S/usaha – Ustaz Abdul Razif bin Ishak
Jumlah pekerja – 31 orang
211 anak-anak yatim (111 perempuan & 100 lelaki)
Anak-anak yatim berumur 13-18 tahun belajar tahfiz
Anak-anak yatim berumur 7 -12 tahun dihantar belajar di Sekolah Kebangsaan Taman Intan.

ENAKMEN YANG DIGUNA PAKAI

Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Kedah (2008)
Seksyen 69 (4) – Pungutan khairat tanpa kebenaran
Denda – RM1000 dan penjara tidak melebihi 6 bulan

Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam Negeri Kedah
Seksyen 22 (Denda- RM 2000 dan penjara tidak melebihi 1 tahun)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s