Tahfiz Tidak Berdaftar hendaklah Ditutup-Titah Sultan Selangor

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah semua sekolah swasta tahfiz yang tidak berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ditutup serta ditamatkan perkhidmatannya.

Image result for tahfiz tak berdaftart
Gambar Sekadar Hiasan.

Baginda bertitah, terdapat sejumlah 15,000 pelajar tahfiz di 263 sekolah swasta tahfiz yang berdaftar dengan JAIS sehingga kini.

“Beta menitahkan sekolah-sekolah swasta tahfiz yang tidak berdaftar dengan JAIS dan tidak mempunyai kokurikulum dan sistem pendidikan akademik moden hendaklah ditutup dan ditamatkan perkhidmatannya,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di Shah Alam, hari ini.

Turut berangkat hadir Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Sementara itu, Sultan Sharafuddin turut bertitah supaya pegawai kerajaan Selangor termasuk yang berkhidmat di pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat bekerja dengan bersungguh-sungguh, berintegriti dan memberikan komitmen tinggi kepada tugas diamanahkan.

Baginda bertitah, antara perkara yang perlu diatasi oleh PBT pada masa ini ialah memastikan sisa pepejal dapat diuruskan dengan sistematik dan berkesan.

“Sampah-sarap di sesebuah kawasan hendaklah dilupuskan dengan cara yang terbaik supaya tidak akan timbul masalah longgokan sampah yang tidak terkawal serta boleh mengakibatkan pencemaran bau dan membawa penyakit.

“Selain daripada itu, pihak PBT perlu mengawasi dan mengambil tindakan yang tegas kepada pengusaha-pengusaha restoran dan kedai makan yang tidak menjaga kebersihan untuk memastikan kesejahteraan rakyat terjamin,” titahnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s