Air Asia Akan ‘Terbang’ Dari Melaka ke Pulau Pinang Julai Ini.

AYER KEROH 19 Mac – Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Berhad (AirAsia) dijangka memulakan operasi penerbangan pertamanya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) ke Pulau Pinang bermula 1 Julai depan.

Image result for lapangan terbang melaka

Penerbangan pertama syarikat itu ke Pulau Pinang bakal menjadikan AirAsia syarikat terbaharu yang akan beroperasi di LTAM selepas Malindo Air yang kini beroperasi di empat laluan iaitu Pulau Pinang, Langkawi, Kota Bharu dan Pekanbaru, Indonesia.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Mohd. Sofi Abdul Wahab berkata, pihaknya dimaklumkan tentang pelaksanaan laluan baharu itu dari pengurusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan pihak berkuasa penerbangan awam (CAAM), baru-baru ini.

“Penyertaan AirAsia di Melaka diharap dapat membantu kerajaan negeri menarik lebih ramai pelancong sekali gus merancakkan kempen Tahun Melawat Melaka (TMM) 2019.

Imej mungkin mengandungi: 5 orang

“Berikutan pembukaan beberapa laluan baharu membabitkan syarikat penerbangan Malindo Air dan AirAsia, kerajaan negeri tahun ini menyasarkan kehadiran sejumlah 75,000 penumpang menggunakan LTAM,” katanya.

Mohd. Sofi (PH-Durian Tunggal) berkata demikian ketika menjawab soalan Damian Yeo Shen Li (PH-Duyong) pada Persidangan Pertama Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Seri Negeri, di sini, hari ini.

Jelasnya, AirAsia sebelum ini menyatakan hasrat untuk memulakan penerbangan menerusi LTAM ke Kota Kinabalu, Pulau Pinang, Langkawi dan Pekanbaru dan dijangka akan dilaksanakan selewat-lewatnya penghujung tahun ini.

“Pada 1 Julai nanti, hanya laluan Melaka ke Pulau Pinang akan dilaksanakan oleh AirAsia dan kita harap ia dapat membantu pertumbuhan sektor pelancongan negeri ini,” katanya.

Tambah beliau, LTAM juga diselenggara dengan berjadual dan selamat oleh pihak MAHB dan CAAM serta mendapat pensijilan ISO 9001: 2015, ISO 14001: 2018 dan OSAS 18001 : 2007 iaitu mematuhi standard piawaian.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s