Alor Gajah & Bukit Rambai Catat IPU Tidak Sihat

AYER KEROH 19 Mac – Sistem Pengurusan Indeks Malaysia (APIMS) merekodkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat di Alor Gajah dan Bukit Rambai, manakala IPU sederhana di Bandaraya Melaka.

Setakat jam 10 pagi tadi, Alor Gajah merekodkan bacaan 104, Bukit Rambai dengan rekod bacaan 115, manakala Bandaraya Melaka dengan rekod bacaan 93.

Bacaan IPU Alor Gajah, Bukit Rambai catat tidak sihat
Gambar sekadar hiasan

Untuk rekod bacaan IPU menerusi laman web APIMS, bacaan 1 hingga 50 mencatatkan tahap baik, manakala 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Bagaimanapun, bacaan kualiti udara tidak dapat dijangka, tetapi berdasarkan pemerhatian ia boleh mencatatkan aliran penurunan atas faktor cuaca khususnya hujan.

Penduduk setempat dinasihatkan tidak melakukan pembakaran terbuka sehingga menjejaskan kembali kualiti udara.

Menurut sumber, turut mendapati, sehingga jam 10 pagi tadi hanya IPU di stesen Rompin, Pahang yang mencatatkan IPU tidak sihat iaitu dengan bacaan 176.

Orang ramai boleh merujuk portal http:/apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa atau mendapatkan maklumat cuaca terkini menerusi laman web MetMalaysia dan media sosial MetMalaysia.

Advertisements