Program Perpaduan PAS & UMNO-Datuk Seri Idris Haron ‘Ghaib’

Melaka, 19 Mac 2019- Ketidakhadiran bekas Ketua Menteri UMNO, Datuk Seri Idris Haron ke ceramah dan program-program perpaduan PAS-UMNO sering menjadi tanda tanya.

Beliau yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu itu tidak pernah dilihat di mana-mana program hatta poster program PAS-UMNO, walaupun pernah menjawat jawatan yang tertinggi di dalam Kerajaan Negeri Melaka sebelum ini.

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, teks

Beliau yang dilihat masih mempunyai ‘aura’ sebelum ini dalam kepimpinan UMNO Negeri Melaka seperti dipinggirkan tanpa sebarang alasan yang jelas.

Pada bulan November 2019, Datuk Seri Idris Haron pernah mendakwa bahawa beliau disabotaj oleh UMNO Melaka. Suasana yang dilihat hari ini semakin menampakkan apa yang dikatakannya dahulu menjadi realiti apabila beliau ditenggelamkan sedikit demi sedikit dari politik UMNO.

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, teks

Rata-rata ahli UMNO yang dihubungi menyatakan sebab tanpa alasan yang kukuh. Seorang wakil yang hanya ingin dikenali sebagai Zaidi dari Ayer Keroh mengatakan “Itu ialah kewajaran beliau tak dipanggil kerana beliau tidak ada jawatan yang tinggi di peringkat pimpinan negeri”

Haji Lah dari Ayer Molek pula memaklumkan, Datuk Seri idris Haron antara pimpinan yang tidak bersetuju dengan kepimpinan UMNO di peringkat pusat. Di sebabkan itu beliau tidak disenangi oleh pimpinan UMNO Melaka.

Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang senyum, teks

“Sebagai bekas Ketua Menteri Melaka dan juga bekas pimpinan UMNO negeri, sepatutnya dia (Idris Haron) diajak sekali. Dia (Idris Haron) pimpinan kita yang banyak jasa. Takkan nak lupakan macam itu sahaja” kata Malik, salah seorang penggerak UMNO Sg.Udang.

Malah ceramah terbaru yang akan diadakan di Serkam pada 24 Mac ini juga hanya menampilkan Datuk Zaidi Atan dan juga Datuk Ahmad Maslan sebagai wakil dari UMNO. Ini mengukuhkan lagi tentang penolakan Datuk Seri idris Haron dari bergerak seiring di dalam UMNO Melaka.

Desas-desus yang mengatakan UMNO berpecah kepada 2 kumpulan di Melaka ini semakin hangat diperkatakan di negeri ini. Walau apapun, kita mengharapkan ianya memberi kebaikan buat rakyat dan Melaka. Apakah ini sebuah kegagagalan program “penyatuan ummah”?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s