Dr.Maszlee Siasat Mandi Bunga Pelajar Sekolah Di Terengganu

20 Mac 2019- Semalam, Dr.Maszlee Malik selaku Menteri Pendidikan Malaysia telah memberi respon kepada tulis PW Community (Pseudoscience Watch Community) yang kerap mengkritik isu-isu ‘scam’.

Dakwa pihak PW Community sebelum ini wujudnya aktiviti menjual produk-produk ‘scam’ di sekolah-sekolah, dan yang dimaksudkannya kali ini ialah produk mandian herba.

Tiada penerangan foto disediakan.

Insan yang didakwa, yang juga bekas guru iaitu Halim Yasin telah memasuki sekolah-sekolah rendah dengan tujuan mempromosikan produk miliknya untuk dibeli dengan harga RM160 sebotol.

Mengikut sumber yang diterima, antara sekolah yang berjaya dimasuki oleh Halim Yasin ialah Sekolah Kebangsaan Chukai di Kemaman pada 10 Mac 2019 yang lepas.

Antara gambar yang diterima.

Insiden ini mendapat kecaman hebat netizen, apatah lagi ianya melibatkan institusi pendidikan di Malaysia.

Bagaimana pihak sekolah mahupun kerajaan negeri Terengganu boleh menerima mahupun memberi kebenaran kepada beliau untuk menyampaikan ceramah serta ‘terapinya’ tanpa soal selidik latar belakang terlebih dahulu?

Suasana di SK Chukai

YB Menteri Pendidikan Dr.Maszlee Malik telah memberi maklum balas dan akan mengarahkan pasukan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyiasat dan memberi laporan kepada beliau.

Semoga kegiatan tidak bermanfaat ini dapat dikekang dari memberikan impak negatif kepada masyarakat terutama institusi pendidikan negara kita yang mulia.

Antara respon netizen
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s