Melaka Siasat Penganjuran Program LGBT : Tuan Haji Adly

Kerajaan negeri Melaka akan menjalankan siasatan secara menyeluruh terhadap penganjur yang didakwa terlibat dalam mempromosi program berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) seperti yang tersebar di laman sosial.

Ketua Menteri Adly Zahari berkata pihaknya tidak akan berkompromi dan akan mengenakan tindakan tegas sekiranya penganjur program berkenaan didapati melanggar peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

“Kita tidak akan sesekali membenarkan sebarang promosi dan program (berkaitan LGBT) dilaksanakan di negeri ini.

“Justeru, kita akan melakukan siasatan lanjut melalui agensi terbabit termasuk pasukan keselamatan negeri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jalinan Mahabbah Umara melibatkan jawatankuasa kariah masjid seluruh negeri Melaka di Masjid Al Azim, Bukit Palah di negeri itu hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Hasim Hasan dan Ketua Polis Melaka Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah.

Sebuah iklan penganjuran Malam Muafakat Melaka bertemakan warna-warni bakal diadakan di sebuah hotel di negeri ini pada 30 April depan, tersebar di laman sosial dengan memaparkan tiga individu berpakaian wanita masing-masing dipercayai golongan berpengaruh dalam kalangan kegiatan LGBT.

Sementara itu, mengulas mengenai program Jalinan Mahabbah Umara, Adly berkata lebih 500 anggota jawatankuasa masjid di negeri ini menandatangani dan melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sekali gus menjadi institusi ibadah pertama melaksanakan inisiatif tersebut.

“Saya difahamkan, Melaka adalah negeri pertama yang jawatankuasa masjidnya melafazkan IBR,” katanya.

 Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s