Program Arak Percuma : Tiada Kelulusan Dari Kerajaan

1. Kegiatan minum arak secara percuma yang tular di media sosial baru-baru ini adalah dirujuk.

2. Hasil aduan yang diterima, lima orang pegawai Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah menjalankan siasatan ke lokasi terbabit.

3. Siasatan majlis telah dilakukan pada jam 10.30 pagi di lokasi. Berdasarkan makluman kegiatan tersebut berlaku di hadapan Tamil Methodist Church, Jalan Kubu, Melaka.

4. Siasatan mendapati kegiatan minum arak secara percuma itu diadakan di hadapan Tamil Methodist Church, Jalan Kubu.

5. Perjumpaan dengan Pengerusi Pertubuhan Jawatankuasa Pengurusan Jonker Walk, juga telah dibuat bagi mendapatkan maklumat sebenar.

6. Hasil perjumpaan menjelaskan bahawa , penganjur promosi tersebut telah mendapat kebenaran daripada Pertubuhan Jawatankuasa Pengurusan Jonker Walk untuk promosi tersebut.

7. Promosi berkenaan melibatkan kegiatan mempamer dan mengagihkan ‘tester ’ minuman berakohol kepada orang awam.

Siasatan juga mendapati promosi berkenaan tidak mendapat sebarang kebenaran dari MBMB.

8. Walau pun promosi berkenaan dijalankan dengan penyediaan papan tanda yang memaklumkan dan mengingatkan orang awam bahawa promosi yang disediakan adalah dilarang bagi golongan Muslim serta mereka yang berumur bawah 21 tahun, ia sepatutnya hanya boleh diadakan dengan kebenaran dari MBMB.

9. Sehubungan itu, MBMB telah mengambil tindakan undang-undang kepada penganjur kerana telah membenarkan kegiatan promosi arak di Pasar Malam Jonker Walk tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan.

10. Tindakan yang sama juga boleh dikenakan kepada pemegang lesen kedai atau individu yang mengendalikan aktiviti tersebut.

11. Pihak penganjur Pasar Malam Jonker Walk didapati telah melanggar syarat lesen yang ditetapkan oleh MBMB.

12. Tindakan undang-undang telah diambil di bawah Undang-undang Kecil Pasar Malam/Sehari, MBMB 2010 .

YBhg. Tuan Haji Mansor bin Sudin
Datuk Bandar,
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

Advertisements