Seolah Program LGBT : Kami Minta Maaf Atas Kesilapan – Penganjur

Saya selaku wakil penganjur ingin membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Kerajaan Negeri Melaka dan juga ingin membuat penjelasan mengenai majlis “Malam Muafakat Melaka” yang tular di media sosial.

Untuk makluman semua, majlis “Malam Muafakat Melaka” bukanlah majlis anjuran Kerajaan Negeri Melaka atau mana-mana agensi kerajaan Negeri. Majlis ini adalah majlis anjuran kami sendiri dan pihak kami sepatutnya tidak menggunakan nama Melaka tanpa mendapatkan kebenaran terlebih dahulu.

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, orang berdiri dan teks
Poster program yang tersebar

Majlis yang kami ingin anjurkan ini bukanlah majlis makan malam LGBT atau pesta LGBT atau yang berkaitan dengan kegiatan LGBT.

Majlis yang dirancang ini adalah acara tahunan yang diadakan khusus untuk pengusaha butik pengantin, perancang perkahwinan, jurusolek, jurugambar, model & semua yang berkaitan dalam bidang perkahwinan di Negeri Melaka.

Tujuan majlis ini diadakan hanyalah untuk mengeratkan silaturrahim sesama kami.

Pihak kami mengakui telah tersilap kerana telah menggunakan pengacara lelaki yang berpakaian wanita dan mengambil gambar pengacara tersebut sebagai poster iklan makan malam tersebut sehingga telah disalah erti dan menjejaskan nama baik Negeri Melaka.

Tiada niat di dalam hati kami untuk mengadakan aktiviti tidak bermoral di bumi Melaka yang tercinta ini.

Justeru itu pihak kami mahu memperbetulkan kesilapan ini dan berharap semua pihak dapat memaafkan kami atas kesilapan ini.

Sekian, terima kasih.

Zahid bin Salim
Astella Bridal

Advertisements