Jangan Guna Nama Kami Tanpa Kebenaran

AYER KEROH 26 Mac – Kerajaan negeri menerusi Bahagian Promosi Pelancongan meminta sebarang program penganjuran swasta perlu mendapatkan kebenaran dari wakil kerajaan negeri untuk menggunakan gambar mahupun nama.

Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, ia bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan salah laku berlaku di masa hadapan.

Mintalah kebenaran guna pakai nama atau portfolio kami…

Katanya, permintaan tersebut dibuat agar pihak berkaitan tidak menggunakan nama dan gambar wakil-wakil rakyat dengan sewenang- wenangnya.

“Ini penting supaya rakyat tidak menganggap program anjuran swasta adalah penganjuran kerajaan negeri dan jika berlaku masalah, kerajaan negeri akan dipersalahkan.

“Saya agak terkilan apabila kerajaan negeri turut terpalit dengan insiden penipuan pertandingan memancing di Pantai Siring, Serkam sedangkan ia bukanlah anjuran kerajaan negeri.

“Pihak penganjur perlu menyelesaikan masalah berkenaan secara tuntas,” jelasnya dalam sidang media di Kota Cemerlang, di sini, hari ini.

Katanya, sejak beberapa hari lalu banyak isu yang tular berkaitan dengan pelancongan negeri dan ia sedikit sebanyak mencemarkan kredibiliti kerajaan negeri.

“Mintalah kebenaran untuk guna pakai nama atau portfolio kami, kami tahu mungkin tujuannya promosi atau sokongan dan kami berterima kasih.

“Namun bila berlaku kejadian seperti itu, kami dipersalahkan sedangkan kehadiran kita untuk memberikan sokongan.

“Saya hanya memberikan sedikit sumbagan bagi melancarkan perjalanan program tersebut yang diadakan di Pantai Siring,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Muhammad Jailani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rembia berkata, beliau turut menafikan penglibatan kerajaan negeri berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT)
di negeri ini April depan.

“Penganjuran Malam Muafakat Melaka telah tular di laman sosial dan kerajaan negeri dipersalahkan.

“Perkara sebegini sepatutnya tidak patut berlaku kerana ia akan menjejaskan nama Melaka,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s