Muka ‘BossKurr’ Merah Padam Disoal Isu Bangunan Konsul Di China

PARLIMEN MALAYSIA, 26 Mac 2019 – Najib Razak yang kini digelar ‘BossKurr’ didiamkan apabila disoal oleh Menteri Kewangan.

Lim Guan Eng mendedahkan rahsia bagaimana wakil Pekan telah menjual pejabat konsul di Hong Kong tanpa mengadakan tendar (jualan) terbuka dengan harga yang jauh lebih rendah daripada nilai sepatutnya.

Suasana di Parlimen Malaysia pada 26 Mac 2019

Beliau berkata bahawa nilai bangunan konsul tersebut ingin dijual oleh Najib Razak yang pada ketika itu menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia, dengan harga RM1.1 billion sahaja.

Tawaran penjualan tersebut yang dibuat oleh Najib telah dibatalkan kemudiannya dan telah dibuat jualan tender terbuka terhadap bangunan konsul tersebut.

Menara di Jalan Gloucester, di daerah Wanchai itu menempatkan beberapa agensi kerajaan termasuk pejabat Konsulat Jeneral Malaysia

Lebih menarik, jualan tender terbuka yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan terhadap bangunan tersebut memperolehi nilai sebanyak RM1.6 billion, dimana ianya RM500 juta lebih tinggi dari rundingan Najib Razak.

Berkali-kali Menteri Kewangan bertanya kepada Najib Razak yang juga ahli Parlimen Pekan, sama ada mahu menjawab mahupun tidak, namun beliau tidak mahu mengendahkannya.

Suasana di dalam dewan parlimen menjadi kecoh apabila ramai ahli parlimen Barisan Nasional menghentam Lim Guan Eng ketika itu sambil disokong oleh ahli parlimen PAS.

Najib Razak dilihat jelas mukanya menjadi kemerah-merahan semasa disoal oleh Menteri Kewangan.

Advertisements