11 Persoalan Rumit SPV-TH Dijawab Mudah Oleh Syahredzan

SOALAN-SOALAN LAZIM MENGENAI SPV TABUNG HAJI
(bagi menjawab kekeliruan)

1.Apa nama Syarikat Tujuan Khas (Special Purpose Vehicle)(SPV) yang mengambilalih aset kurang bagus (non-performing assets) Tabung Haji?

Urusharta Jamaah Sdn. Bhd.

2.Apa sebab aset kurang bagus tersebut dipindahkan ke Urusharta Jamaah?

Untuk membaikpulih kewangan Tabung Haji. Jika tidak, Tabung Haji tidak boleh memberi hibah, menurut Akta Tabung Haji. Pemberiah hibah dalam keadaan liabiliti lebih daripada aset adalah tidak sah.

Image result for tabung haji

3.Apakah nilai aset yang dipindahkan ke Urusharta Jamaah?

Aset-aset itu dipindahkan dengan nilai RM19.9B daripada pihak Kerajaan ke Tabung Haji. Namun demikian, nilai buku aset-aset tersebut hanyalah sekitar RM10B sahaja. Untuk pulihkan Tabung Haji, aset itu telah dipindahkan dengan pernilaian yang lebih tinggi daripada nilai bukunya. Aset yang dipindahkan ke SPV tidak termasuk duit orang telah mendeposit kepada Tabung Haji.

4.Siapa Lembaga Pengarah Urusharta Jamaah?

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Ahmad Badri Mohd Zahir (pengerusi), Setiausaha Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan Rashidah Mohd Sies, Pengarah Pelaburan Hartanah Bumiputera Bhd Mohd Shukri Hussin, Timbalan Setiausaha Fiskal Dan Ekonomi Mohd Hassan Ahmad dan Ketua Seksyen Bahagian Fiskal Dan Ekonomi Imri Dolhadi Ab Wahab.

Ya, semua Melayu/Islam!

5.Siapa CEO Urusharta Jamaah?

Buat masa ini, CEO belum dilantik.

6.Siapa yang uruskan Urusharta Jamaah?

Suatu entiti bernama Prokhas.

7.Apa itu Prokhas?

Sebuah syarikat milik kerajaan yang ditugaskan mengurus SPV-SPV lain selain daripada Urusharta Jamaah. Ditubuhkan sekitar tahun 2005.

8.Siapa pemilik Prokhas?

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan.Siapa pengarah syarikat Prokhas?

Dato’ Mohd Salleh Mahmud, Tan Sri Datuk Wira Dr. Hj. Mohd Shukor Hj. Mahfar, Dato’ Fauziah Yaacob, Datuk Mohd Nasir Ahmad dan Datin Rashidah Mohd Sies.

Ya, semua Melayu/Islam juga!

9.Siapa CEO Prokhas?

Chen Yin Heng.

10.Cina jadi CEO syarikat yang urus SPV Tabung Haji???

Kalau ikut nama, macam Cina. Tetapi CEO perlu menjawab pada Lembaga Pengarah (yang semua Melayu/Islam). Chen Yin Heng adalah CEO Prokhas, bukan CEO Urusharta Jamaah.Semua keputusan besar mengenai aset yang diurus mesti melalui Lembaga Pengarah Prokhas.

Di samping itu, segala keputusan mengenai Urusharta Jamaah juga perlu mendapat persetujuan Lembaga Pengarah Urusharta Jamaah (yang juga semuanya Melayu/Islam).

11.Tetapi Cina jadi CEO syarikat yang urus SPV???

Rileks. Semua pihak sedang cuba untuk selamatkan Tabung Haji daripada permasalahan pentadbiran lepas.

Syahredzan Johan

Ini ialah pendapat peribadi penulis dan bukannya menggambarkan pandangan Melaka Insider

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s