Petani Cameron Highland Terjejas Kerana Tindakan Kerajaan Negeri Pahang

Kerajaan Pahang harus bersikap bertolak ansur dalam menyelesaikan isu petani di Kuala Terla, Cameron Highlands yang berhadapan pengusiran dari kawasan pertanian mereka berikutan aktiviti golongan itu didakwa menyebabkan pencemaran sungai berhampiran.

Anggota Dewan Undangan Negeri Tanah Rata, Chiong Yoke Kong berkata beliau menyokong penuh usaha kerajaan negeri dalam melestarikan kawasan kebun itu yang bakal digazetkan sebagai kawasan hutan, namun operasi penguatkuasaan dijalankan melibatkan beratus keluarga dan akan menjejaskan sumber pendapatan pekebun yang sudah lama berada di situ.

Image result for petani cameron highland

Beliau berkata kerajaan negeri seharusnya mendengar pendapat daripada petani di kawasan berkenaan agar semua pihak mencapai situasi menang-menang berhubung isu tersebut.

“Tangguhkan buat sementara tindakan penguatkuasaan supaya kita ada satu ruang dialog dan diskusi untuk sama-sama berkongsi perkara dan pendapat sama ada ia boleh dipakai atau tidak,” katanya kepada Bernama dan RTM di Angkasapuri di sini hari ini.

Fasa pertama tindakan penguatkuasaan terhadap 11 kawasan kebun berhampiran Sungai Ichat dilaksana bermula 25 Feb sehingga pertengahan Mac.

Fasa kedua operasi penguatkuasaan dijangka bermula pada 11 April ini, dan sebanyak 50 kebun menerima notis pengosongan tanah pada 11 Mac lalu dengan tempoh 30 hari pengosongan diberikan.

Terdapat tiga sebab pengusiran pekebun, dengan golongan petani itu didakwa membina bangunan kekal pada tanah pendudukan sementara (TOL), menggunakan racun serangga haram dan menceroboh rizab sungai.

Mengulas lanjut, Chiong berkata selepas notis diberikan kepada pekebun tersebut, 70 peratus daripada mereka yang menjalankan aktiviti penanaman bunga dan sayur-sayuran telah memberhentikan aktiviti mereka.

Bernama cuba mendapatkan respons daripada Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berhubung perkara tersebut, namun sehingga kini belum mendapat maklum balas.

Semalam, Wan Rosdy menjelaskan tindakan kerajaan negeri yang bertegas dalam isu pekebun kecil itu adalah untuk menjamin kesinambungan bekalan air terawat bagi keperluan kira-kira 70 peratus penduduk Cameron Highlands.

Walaupun sumber air diperoleh di muka sauk untuk Loji Rawatan Air Kuala Terla datang dari Sungai Terla, Sungai Ichat juga berada dalam kawasan tadahan air Terla yang sama di bahagian hulu, yang turut meliputi kawasan hutan simpan.

Kata Wan Rosdy, kedua-dua sungai itu sepatutnya menjadi penyumbang sumber air mentah untuk diproses menjadi air terawat. Bagaimanapun, hanya Sungai Terla digunakan pada masa ini kerana Sungai Ichat tercemar teruk dan diburukkan lagi dengan penerokaan haram di kedua-dua tebingnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s