Laporan Tahunan Bank Negara : Ekonomi Negara dijangka semakin kukuh

Berikut adalah intipati Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2018 serta Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 2018 yang dikeluarkan hari ini.

• Ekonomi Malaysia dijangka kekal pada landasan pertumbuhan kukuh, berkembang antara 4.3 peratus dan 4.8 peratus pada 2019, dipacu oleh aktiviti sektor swasta, pendapatan stabil dan pertumbuhan pekerjaan, serta peningkatan kapasiti perniagaan yang berterusan.

This image has an empty alt attribute; its file name is 99f7a4bf59dd8add4f612f257ce3bd9d.jpg

• Sektor perkhidmatan dijangka berkembang 5.7 peratus daripada 6.8 peratus pada 2018.

• Sektor pembuatan akan berkembang pada 4.8 peratus berbanding lima peratus pada 2018.

• Sektor pembinaan diunjurkan mencatat pertumbuhan sederhana pada tiga peratus tahun ini berbanding 4.2 peratus pada 2018.

• Sektor perlombongan dan kuari dijangka berkembang 0.8 peratus, berbanding penurunan 1.5 peratus pada 2018 berikutan pengurangan pengeluaran gas asli.

• Sektor pertanian diunjurkan berkembang 2.8 peratus tahun ini selepas susut 0.4 peratus pada 2018.

• Kadar pengangguran dijangka kekal hampir tidak berubah pada 3.3 peratus hingga 3.5 peratus tahun ini.

• Pelaburan swasta dijangka merekodkan pertumbuhan 4.9 peratus pada 2019.

• Pelaburan awam diunjurkan susut pada 7.1 peratus khususnya disebabkan pelaburan rendah oleh syarikat awam setelah penyiapan projek berskala besar.

• Baki akaun semasa berkemungkinan kekal mencatatkan lebihan, walaupun berkurangan kepada 1.5 peratus – 2.5 peratus daripada Pendapatan Negara Kasar pada 2019.

• Eksport Malaysia dijangka merekodkan pertumbuhan 3.4 peratus tahun ini berbanding 6.8 peratus pada 2018.

• Import akan disokong oleh permintaan domestik yang berterusan, dengan import kasar dijangka berkembang 4.5 peratus pada 2019 berbanding 4.9 peratus pada 2018 dengan mengambil kira peningkatan semula import perantaraan dan modal.

• Inflasi teras Malaysia dijangka pada keseluruhannya stabil dan berpurata antara 0.7 dan 1.7 peratus pada 2019 berbanding satu peratus pada 2018.

• Hutang luar Malaysia, yang berjumlah RM924.9 bilion atau 64.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setakat akhir 2018, adalah kekal terurus, meskipun secara relatifnya lebih tinggi berbanding median negara sedang pesat membangun setara.

• Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan dividen RM2.5 bilion kepada kerajaan pada 2018.

Bank

• Ujian tekanan kesolvenan berbilang tahun BNM terus mengesahkan daya tahan bank-bank dan penanggung insurans di bawah simulasi senario tekanan makroekonomi dan kewangan yang teruk.

• Bank-bank kekal berkedudukan baik untuk menyerap potensi kerugian menggunakan penampan modal dan pendapatan sedia ada, dengan nisbah modal sistem perbankan selepas ujian tekanan kekal jauh melebihi paras pengawalseliaan minimum.

Hutang isi rumah

• Hutang isi rumah kepada KDNK Malaysia susut kepada 83 peratus tahun lepas daripada 84.3 peratus pada 2017, didorong langkah berhemat makro dalam memperkukuh daya tahan isi rumah.

• Pertumbuhan hutang isi rumah pada 2018 terus berkurangan pada 4.7 peratus, didorong terutamanya oleh pertumbuhan pinjaman yang diberikan oleh institusi kewangan bukan bank yang lebih perlahan.

• Pertumbuhan pembiayaan peribadi, yang mendorong peningkatan pantas hutang isi rumah sebelum ini, telah berkurangan dengan ketara susulan pelaksanaan pelbagai langkah sejak 2012. Pertumbuhan turun kepada 2.3 peratus pada 2018 daripada 2.8 peratus pada 2017 (paras tertinggi 25.2 peratus pada 2008).

• Dalam pasaran hartanah, pertumbuhan harga rumah terus merosot ketika kekurangan permintaan bagi hartanah berharga tinggi, yang kekal tidak mampu dimiliki oleh kebanyakan pembeli selain aktiviti kurang memberangsangkan dalam pasaran perumahan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

• Ini mendorong penyesuaian bekalan perumahan kepada segmen mampu milik.

– Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s