Perlu Faham Isu Tabung Haji Secara Ringkas-Mukhlis

Ringkasan Isu Tabung Haji, Apa Yang Perlu di Fahami

1) TH sebenarnya telah rugi dari tahun 2015 lagi

2) Bila rugi ( libiliti lebih dari asset), ada satu klausa dalam Akta TH yang tulis TH tak boleh bagi hibah.

3) Tapi macam mana TH masih boleh bagi hibah sampai 2018? Senang cerita creative accounting atau bahasa kasarnya menipu akaun.

Image result for tabung haji

4) Jumlah kerugian dalam masa 4 tahun tersebut ada dalam 4.1 billion

5) PH boleh sahaja ikut cara Azeez, buat creative accounting tipu, kata TH untung lagi tahun ini tapi sampai bila? Kalau kita dah sakit kencing manis, kaki nak dah bengkak sebab banyak makan gula, takkan la nak terus makan gula lagi dan anggap selepas itu boleh berlari masuk marathon? Kalau tak kena potong kaki pun dah kira baik. Jadi nak terus hidup kena lah kawal diet macam dalam kes TH ni kena kembali tersusun dan bersih.

6) Nak kembalikan balik baki ini ada banyak cara, macam apa yang khaznah buat kitchen sinking, dengan mengumumkan terus non performing asset bagi tahun itu. Tapi khazanah boleh buat seperti itu kerana dia tak ada tanggung jawab pada pendeposit. Kalau TH buat sebagaimana Khazanah, akan mengamuklah orang kampung yang tak faham kenapa tahun ini tak ada hibah. Itu belum masuk bahagian TH juga bayar subsidi pergi haji.

7) Jadi cara mudah dia keluarkan non performing asset kepada syarikat lain iaitu UJSB (urus harta jemaah). Ini yang kes pembangkang PAS/UMNO bising pasal CEO Prokhas Cina Chen Yin Heng. Padahal beliau itu sudah ada di sana dari tahun 2006 lagi. Ya, zaman Ulama-ulama PAS dan UMNO berpuas hati dengan rompakan Tabung Haji, CEO dia masih lagi Chen Yin Heng.

8) Lagi satu, kita anggaplah kes TH ni macam darurat. Kalau isteri nak bersalin di hospital kerajaan, doktor wanita semua tak ada, yang ada doktor lelaki bukan islam. Selepas itu ada komplikasi pulak memang nak kena masuk OT ASAP, takkanlah kita nak tangguh lagi dengan menunggu doktor wanita Islam? Sanggup tunggu dan perjudikan nyawa isteri sendiri? Iniahlah masalah bila berbicara dengan golongan ruwabidhah yang ghuluw.

9) Semalam dah keluar berita yang CEO baharu UJSB, Izab Shahadi telah di lantik oleh menteri agama untuk membaik pulih non performing asset. Jadi PH memang prihatin pada masalah TH dan umat Islam bukan seperti mana dakwaan pembangkang.

10) Itu belum masuk kes part yang ulama-ulama PAS TITM, Tantawi, Taki boleh jadi benteng pada penyamun macam Azeez bila kata PAS berpuas hati dengan prestasi TH. Ulama-ulama PAS ini juga ada saham dalam menyebabkan kerugian tabung haji sebab mereka bersubahat sama dengan UMNO dalam merompak duit tabung haji. Bila ulama-ulama PAS berpuas hati, automatik penyokong PAS akan berpuas hati. Iya lah siapa berani bantah kata-kata ulama su’ kan?

Image result for th pas puas hati

11) Nasib baik ada orang yang berani macam Rafizi yang berani sanggah pendapat ulama su’ PAS. Kalau Rafizi senyap tak ada orang akan tahu yang Azeez penipu besar.

12) Ulama-ulama PAS ini juga membisu bila TH beli 30% saham Putrajaya Perdana yang mana milik CINA Jho Low yang mana ada kaitan dengan SRC. Jadi Jho Low ini bukan cina ka? Atau pun Jho Low sudah jadi sebahagian dari keluarga macam MIC? Mungkin PAS sanggup jadi pembela Jho Low di akhirat sebab tu sayang betul PAS dengan Jho Low sampai tak berani nak kritik.

13) Jadi bila dah dikeluarkan asset sakit tu, liabiliti TH kurang dari nilai asset, maknanya hibah boleh di beri walaupun nilai dia kurang. Bila nilai hibah kurang, Ulama PAS dan UMNO perlu bertanggung jawab atas kerosakkan yang mereka buat dulu yang menyebabkan TH dalam keadaan macam ini.

14) Tadi DS Najib boleh pulak sindir kata bila TH nak umum hibah dan golongan ruwaibidhah bersorak memaki-maki kerajaan. Tapi golongan ruwaibidhah ni kalau pakai akal mereka sedikit, mereka tahu, Najib sendiri yang lantik penipu Azeez jadi CEO TH yang menyebabkan TH rugi bertahun-tahun.

15) Umpamanya TH adalah satu bahtera, tapi nakhoda kapal duduk sibuk jual barang-barang kapal demi laba sendiri. Bila ada anak kapal persoal, datang pulak lebai tolong backup-up perbuatan nakhoda tersebut. Bila nakhoda baharu ganti, kapal tu sepatutnya dah tak boleh berlayar, tapi dia cuba baiki dengan apa yang mampu, boleh la berlayar tapi perlahan.

16) Yang paling ironis, nakhoda lama dan lebai nya pula yang bising kenapa kapal berlayar perlahan padahal mereka sendiri tahu mereka yang rosakkan bahtera tesebut. Itu lah dia hipokritnya penunggang2 agama pada masa ini.

17) Dan seperti biasa golongan ruwaibidhah akan senyap menyepi walaupun tahu ia adalah kebenaran. Mereka tak mampu berfikir ( sebab ulama sudah berfikir untuk mereka) , lalu apa yang mereka mampu hanyalah memaki-hamun kerana mereka ingat itulah cara berjuang untuk menegakkan Islam ikut acuan parti mereka.

Mohd Mukhlis Mohd Sharif

Ini merupakan pandangan peribadi penulis dan bukannya menggambarkan pendapat pihak Melaka Insider

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s