Kenapa Kerajaan Terengganu Tidak Boleh Bersikap ADIL?

Beberapa minggu lalu satu forum di UniSZA yang menampilkan beberapa tokoh politik Pemuda pelbagai parti termasuklah Ustaz Hishamuddin Karim, ADUN Tepoh yang juga merupakan pimpinan Pemuda PAS Negeri Terengganu.

Dalam ucapan perasmian oleh Prof Madya Dr Mohd Afandi bin Salleh, Timbalan Naib Censelor HEPA UniSZA, beliau mengatakan beliau terbuka untuk membenarkan mana mana pihak termasuk pihak pembangkang untuk berforum di Universiti dan Ustaz Hishamuddin sendiri akui, itu adalah kali pertama beliau berucap di pentas rasmi dalam UniSZA dan beliau menyambut baik keterbukaan pihak Universiti.

Walaubagaimanapun, melalui luahan Prof Madya Dr Mohd Afandi bin Salleh di FB beliau, kami mendapati beliau telah dizalimi dan dinafikan hak. Beliau telah dimaklumkan satu ceramah berkaitan Konflik Israel – Palestin yang dianjurkan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHAET) yang menjemput beliau sebagai pembentang diarahkan untuk dibatalkan. Notis tersebut diberikan kepada beliau hanya beberapa jam sebelum program berlangsung sedangkan beliau sanggup pulang dari urusan luar negara semata – mata untuk memenuhi permintaan ceramah Konflik Palestin – Israel yang cukup dekat di hati beliau sendiri.

Tiada penerangan foto disediakan.

Prof Madya Dr Mohd Afandi bin Salleh merupakan aktivis terkenal isu Palestin. Beliau juga ahli akademik yang mempunyai pengkhususan dalam Politik Antarabangsa terutama dalam topik ‘Lobi Zionis Israel Dalam Polisi Amerika Syarikat’. Beliau juga telah empat kali menjejaki kaki ke Gaza, Palestin untuk misi kemanusiaan dan pernah menjadi tahanan tentera Israel. Adakah beliau tidak cukup layak untuk mengupas persoalan konflik Palestin – Israel di Negeri Terengganu?

Lebih dikesali apabila pihak penganjur memaklumkan arahan untuk membatalkan jemputan adalah dari pemimpin politik Negeri Terengganu, sikap ini sangat bertentangan dengan sikap keterbukaan kerajaan Persekutuan yang membenarkan pemimpin Pas masuk dan berucap di agensi milik Kerajaan Persekutuan termasuk sekolah sekolah. Presiden Pas sendiri dibenarkan merasmikan mesyuarat PIBG sekolah di Rusila, sesuatu yang cukup mustahil di era pemerintahan Barisan Nasional.

Kami mohon pihak kerajaan Negeri Terengganu boleh bersikap profesional dan matang dalam mengurus perbezaan politik. Pemuda AMANAH Terengganu akan terus memastikan agar kebebasan melontarkan idea dan berpatisipasi dalam ruang demokrasi antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri berjalan dengan baik.

MUAMMAR QADDAFI MOHD NASIR
PENGARAH KOMUNIKASI
PEMUDA AMANAH NEGERI TERENGGANU

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s