60% MANIFESTO PH BERJAYA DITUNAIKAN

Setelah hampir setahun PH mengambil alih kerajaan daripada regim BN rakyat terutama pembangkang terus memainkan isu bahawa PH langsung tidak dapat menunaikan janji dalam manifesto PRU14.

Inilah budaya politik tidak matang dalam negara kita, di mana parti-parti yang tidak sehaluan dengan kerajaan langsung tidak mahu bersikap jujur dalam memberikan nasihat dan kritikan kepada lawan mereka.

Image result for manifesto ph

Segala kebaikan walaupun banyak langsung tidak disebut namun keburukan walaupun sedikit itulah yang diulang-ulang oleh mereka. Ini kerana bagi mereka kejujuran dan kenyataan tidak penting yang penting mereka mendapat laba politik dari sikap tidak professional dan ‘denial syndrome’ mereka itu.

Padahal bukan sedikit tindakan dan langkah baik yang telah dilaksanakan oleh kerajaan PH sekarang. Namun kegagalan dan kesilapan itulah yang diulang-ulang oleh pembangkang sehingga ia kadang-kadang ditukarkan menjadi fitnah dan pembohongan kepada rakyat.

Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang senyum

Inikah budaya politik matang dan sejahtera yang dilaung-laungkan oleh pembangkang sebelum ini?

Antara janji, program dan tindakan yang telah dijalankan dan ditunaikan oleh PH sehingga kini adalah:

1. Rebat Bil Elektrik RM40 setiap bulan bagi keluarga Miskin & Miskin Tegar berdaftar & disahkan dalam Sistem e-Kasih.

2. Harga Runcit Bahan Bakar lebih rendah bermula Januari 2019. RON 95 – RM2.08 Per/Liter Diesel RM2.18 per/liter

3. Peruntukan Khas (RM77 juta) Kementerian Kewangan kepada Peneroka FELDA bagi tahun 2018.

4. Geran Sepadan RM500 melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional.

5. Bayaran Bantuan Awal Persekolahan RM100 bagi setiap murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi keluarga berpendapatan dibawah RM3,000 sebulan.

6. Penetapan semula harga Minimum Getah Sekerap pada kadar RM2.50/kg berbanding sebelumnya RM2.20/kg bermula tahun depan (naik 30 sen/kg)

7. Bantuan Musim Tengkujuh sebanyak RM600 (dibayar 2 kali pada Disember 2018 & Januari 2019) pada Pekebun Kecil RISDA.

8. Bayaran Bantuan Sara Hidup dan lebih bersasar kepada kumpulan B40 dipercepatkan ke Januari, 2019

9. Sebanyak RM98 juta daripada keseluruhan cadangan peruntukan kepada Kementerian Pertahanan akan disalurkan untuk kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia. – Penambahan RM20 juta dari tahun sebelumnya.

10. Bantuan kewangan kepada persatuan bekas tentera sebanyak RM500,000 yang akan diagihkan kepada 140 persatuan bekas tentera.

11. Menandatangani MoU dengan persatuan Pekilang-Pekilang Malaysia yang melibatkan 28 syarikat dan 13 persatuan Industri dengan 2,000 peluang pekerjaan ditawarkan kepada veteran tentera.

12. Membekukan kenaikan bayaran tol di semua lebuhraya dalam bandar pada tahun 2019 yang melibatkan implikasi kewangan yang dianggarkan sebanyak RM700 juta

13. Memansuhkan tol motosikal di Jambatan Pertama dan Kedua di Pulau Pinang, serta Lebuhraya Laluan Kedua di Johor dengan implikasi kewangan dianggarkan sebanyak RM20 juta setahun mulai 1 Januari 2019

14. Menaikkan taraf dan menyelenggara semua sekolah dengan peruntukan RM652 juta berbanding RM615 juta tahun 2018.

15. Menyediakan peruntukan sebanyak RM100 juta
bagi pembinaan semula sekolah daif di seluruh negara.

16. Memperuntukkan RM206 juta untuk membangun dan menyediakan program latihan di politeknik dan kolej komuniti.

17. Memperkasa aktiviti penyelidikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan peruntukan RM400 juta.

18. Pemberian biasiswa dan pinjaman pelajaran dengan peruntukan RM3.8 bilion di mana RM2 bilion diperuntukan khusus kepada pelajar Bumiputera tajaan MARA.

19. Kerajaan memperuntukkan RM17.5 juta kepada Malaysia Professional Accountancy Centre (MyPAC) untuk mengeluarkan 600 akauntan Bumiputera yang diiktiraf dalam jangka masa 5 tahun.

20. Pelepasan cukai pendapatan individu bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,000.

21. Memperuntukkan sebanyak RM1.2 bilion bagi tahun 2019 berbanding RM1.1 bilion tahun 2018 bagi memastikan kemajuan syiar Islam tidak terjejas.

Image result for manifesto ph

22. RM150 juta disediakan bagi melaksanakan program termasuk pembinaan masjid dan surau di seluruh negara, inisiatif ‘Khaira Ummah’ untuk melahirkan lebih ramai profesional di kalangan huffaz dan modul pembelajaran agama dengan penggunaan braille.

23. Kerajaan memberi Insentif Penerbitan Filem di Malaysia (FIMI) dengan peruntukan RM30 juta. Tambahan, Khazanah akan menyediakan peruntukan RM100 juta untuk FIMI yang khusus bagi penerbitan filem di studio Pinewood di Iskandar Johor.

24. Dana pembiayaan PKS oleh institusi kewangan komersial sebanyak RM4.5 bilion dengan 60% jaminan Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) termasuk RM1 bilion untuk PKS Bumiputera

25. Peruntukkan RM10 juta disediakan untuk menambah 50 Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di bangunan Kerajaan ke arah meringankan bebanan kerja ibu yang bekerja.

26. Bagi penempatan FELDA, Kerajaan akan menyediakan peruntukan RM100 juta bagi menaiktaraf jalan, RM160 juta bagi projek sistem bekalan air, RM35 juta bagi projek membina dan naiktaraf bangunan serta projek pemasangan lampu jalan.

27. RM30 juta bagi membantu semua pekebun kecil kelapa sawit mendapatkan pengiktirafan persijilan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO).

28. Bayaran khas sebanyak RM 500 kepada semua penjawat awam GRED 54 ke bawah, manakala pesara kerajaan turut menerima bantuan khas sebanyak RM 250.

29. Pas bulanan perjalanan tanpa had RM100 (rel dan bas RapidKL) dan RM50 (bas RapidKL) akan diperkenalkan dan bakal dikembangkan meliputi perkhidmatan bas-bas lain.
30. Gaji minimum kepada RM1100 di seluruh Malaysia bermula 1 januari 2019

31. Kerajaan telah berjaya mengurangkan kos keseluruhan projek LRT3 daripada RM 31.6 Billion kepada hanya RM 16.6 Billion.

32. Projek MRT2 yang diuruskan oleh MRT Corp pula, Kerajaan telah berjaya menurunkan kos kontrak pembinaan sebanyak RM 8.8 Billion daripada RM39.3 Billion kepada RM30.5 Billion, iaitu penjimatan sebanyak 22.4%.

33. Bagi memastikan bekas banduan tidak ketinggalan dalam arus pembangunan serta dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, potongan cukai tambahan diberi kepada syarikat yang menggaji pekerja dalam kategori ini.

34. Kerajaan melalui usahasama dengan syarikat insurans swasta, akan memperkenalkan Dana Perlindungan Kesihatan Nasional B40.

35. Bayaran royalti petroleum dan gas mula dibayar terus
kepada Kerajaan Terengganu. Kelantan pula menunggu pengesahan penarikan balik semula saman royalti oleh Kerajaan Kelantan (2019)

36. Dana RM1 Bilion untuk golongan B40 beli rumah

37. Bantuan RM500 juta kepada FELDA diluluskan Mac 2019

38. RM1Billion untuk baik pulih sekolah daif di Sarawak, peruntukan terus kepada kerajaan negeri Sarawak, pemantauan dan pelaksana bakal diselia oleh JKR

39. Elaun pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) sebanyak RM430 dan RM500 untuk tujuan tambang bagi setahun yang dimansuhkan rejim BN diwujudkan semula berkuatkuasa Feb 2019

40. Skim Peduli Sihat My Peka untuk penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) serta pasangannya yang berumur 50 tahun bagi mendapatkan rawatan 36 jenis peyakit kronik secara percuma dilancarkan Mac 2019. Peruntukan sebanyak RM100 juta dan dijangka dapat membantu 800 ribu – 1 juta rakyat yang tidak berkemampuan.

41. Skim MySalam diperkenalkan untuk membantu golongan B40 untuk mendapat perlindungan perubatan dalam bentuk kewangan (RM8,000) apabila berlaku masalah kesihatan melibatkan 36 jenis penyakit kronik, peringkat usia dari 18 – 55 tahun, melibatkan 3.6 juta rakyat Malaysia dibawah kategori B40. Dilancarkan pada Mac 2019.

42. Bantuan RM100 bagi pelajar IPT yang melibatkan 1.2 juta pelajar disemua pusat pengajian tinggi dinegara ini. Bakal disalurkan secara terus ke akaun pelajar hujung bulan Mac 2019.

43. Bantuan Sara Hidup untuk Bujang yang juga akan disalurkan Mac 2019 dengan melibatkan 3 juta individu dengan peruntukan RM300 juta.

44. Kerajaan mengumumkan peruntukan RM1.4 billion untuk kerajaan Negeri Kelantan bagi melaksanakan lima projek iatu naiktaraf lapangan Terbang Sultan Ismail,menyiapkan Central Spine Road, jajaran baru Jalan raya Pasir Putih, Machang, Jeli, Lebuhraya rakyat 3 dan projek jambatan Palekbang yang terbengkalai sejak 23 tahun lepas.

45. Kerajaan memperuntukkan RM3 billion untuk melaksanakan tujuh projek di Kedah antaranya pembinaan Lapangan Terbang Kulim, Lebuhraya Koridor Utara, Taman Perindustrian Petrokimia, Hub Taman Industri Pembuatan dan Logistik dan Perpustakaan Digital..

46. Elaun bertugas pegawai RELA akan dinaikkan dari RM7.80 kepada RM9.80 sejam, manakala bagi anggota biasa daripada RM6 sejam kepada RM8 sejam selewatnya tahun depan.

47. Kerajaan meluluskan 127 projek bernilai RM3.087 di seluruh negara bagi PDRM, dengan RM100 juta daripadanya untuk menambah baik 12,409 unit kuarters polis, dan RM100 juta untuk membaiki 226 lif.

48. Kerajaan menyalurkan peruntukan berjumlah RM525,000 kepada kerajaan Terengganu untuk diagihkan kepada 3,219 mangsa yang terlibat dalam bencana Monsun Timur Laut (MTL) tahun 2018/2019

49. Kerajaan juga peruntukan RM12 juta atasi masalah air di Chini yang terletak di parlimen Pekan, isu ini telah berlarutan bertahun lamanya, kurang pasti MP Pekan peduli masalah rakyat.

50. Kerajaan turut meluluskan peruntukkan RM338 juta untuk perlaksanaan pelbagai program Risda yang memberi manfaat kepada 552 543 pekebun kecil di seluruh negara. Sementara pada 21 Mac 2019, RM37 juta bantuan diluluskan untuk Program Pembangunan RISDA Kedah.

51. Kerajaan akan memastikan Najib Razak tidak lagi melengah lengahkan perbicaraan, kerana rakyat telah bosan menanti tarikh perbicaraan bermula dan mahu melihat beliau disumbat di Penjara Sungai Buluh.

Sudah 51 inisiatif yang dilaksanakan namun pihak-pihak pembangkang masing membutakan telinga dan memekakkan mata dengan fakta dan kebenaran yang terbentang di hadapan mata. Sikap inilah sebenarnya yang menyebabkan rakyat negara kita terus dididik dengan sikap tertutup dan tidak dapat membuka minda untuk mengiyakan apa yang baik dan menidakkan apa yang tidak baik. Rakyat dididikan oleh pembangkang dengan sikap negatif sehingga jangan menerima kebenaran dan perkara baik jika ianya dilakukan oleh bukan puak kita atau parti kita. Budaya ini amat bahaya kerana ia tidak akan membina rakyat yang professional dan bersikap terbuka kepada dan jujur.

Memang kita tidak menafikan masih ada janji dan tawaran yang tidak dapat dilaksanakan dalam masa setahun ini. Namun bagi saya masa setahun bukan suatu masa yang cukup untuk melaksanakan langkah-langkah besar bagi merealisasikan tawaran dan janji manifesto PRU14. PH telah melakukan kesilapan dengan meletakkan 100 hari sebagai masa untuk melaksanakan janji-janji besar tersebut. Sebab itulah PH Melaka, kita tidak meletakkan sasaran 100 hari untuk janji kita sebaliknya tidak menyatakan bahawa janji-janji tersebut akan dilaksanakan dalam masa 5 tahun iaitu sepenggal pemerintahan.

10 janji 100 hari PH sebenarnya bukanlah tidak dapat dilaksanakan langsung. Sebaliknya penghapusan GST, subdisi petrol bersasar, KWSP untuk suri rumah, menyamaratakan gaji minimum, menyiasat skandal 1MDB, Tabung Haji dan lain-lain dan mengkaji semula projek mega telah dilaksanakan. Ini bermakna 6 dari 10 janji telah ditunaikan dalam masa kurang dari setahun. Jika kita gredkan mengikut gred peperiksaan 60% sudah mencapai gred B. Ini adalah pencapaian yang cukup memberangsangkan bagi sebuah kerajaan yang mengambilalih pentadbiran yang penuh dengan masalah dan hutang menggunung.

Bagi saya rakyat harus mengukur dan menilai pencapaian ini secara jujur dan saksama. Jangan terikut-ikut dengan sentimen kebencian dan sindrom penafian kepada kebenaran yang digagaskan oleh pembangkang yang berniat jahat dan sentiasa ingin menangguk di air keroh.

Untuk 4 janji lain iaitu penghapusan hutang peneroka felda, menangguhkan bayaran PTPTN, skim peduli sihat dan mengembalikan status Sabah dan Sarawak kerajaan PH harus membentangkan perancangan jangka pendek dan jangka panjang berserta langkah-langkah yang sedang dan akan diambil bagi melaksanakannya. Jangkasama dan tarikh janji itu dilaksanakan juga mesti dinyatakan dalam perancangan tersebut.

Begitu juga dengan janji dan tawaran selain dari tawaran 100 hari yang dinyatakan oleh PH dalam manifesto PRU14 wajar dibentangkan perancangannya kepada rakyat. Ini penting supaya rakyat tahu dan dapat memantau pelaksanaannya. Rakyat juga tidak tertanya-tanya bila ia akan ditunaikan. Pada masa yang sama jika terdapat masalah terhadap pelaksanaannya kerajaan boleh membuat kajian semula dan memberikan tarikh baru yang munasabah dan diumumkan kepada rakyat.

Rakyat sebenar ternanti-nanti jawapan konkrit dari kerajaan. Mereka tidak marah jika kerajaan dapat membentangkan perancangan pelaksanaanya dengan telus dan professional lengkap dengan tindakan dan jangkamasa yang diperlukan untuk menunaikannya.

Moga cadangan ringkas saya ini dapat dipertimbangkan oleh pihak kerajaan pusat.

MOHD SOFI ABDUL WAHAB
Timbalan Pengerusi AMANAH Melaka
Ketua AMANAH Kawasan Bukit Katil

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s