NELAYAN MELAKA TERIMA INSENTIF DARI KERAJAAN NEGERI

AYER KEROH 5 April – Sebanyak RM438,000 diperuntukkan kepada 548 nelayan daerah Melaka Tengah sebagai insentif bagi meringankan bebanan berhubung aktiviti penambakan laut di kawasan tersebut.

Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan industri Asas Tani, Norhizam Hassan Baktee berkata, insentif yang disampaikan itu melibatkan fasa pertama sebanyak RM750 seorang dan baki selebihnya akan diberikan secara berperingkat.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, orang ramai dan dalaman

“Kerajaan negeri tidak pernah meminggirkan golongan nelayan yang merupakan penyumbang sektor perikanan Melaka, malah mencatatkan 1,913.34 tan metrik pendaratan ikan pada tahun lalu.

“Saya harap insentif ini dimanfaatkan golongan nelayan ini bagi membantu meringankan bebanan yang terkesan dengan projek pembangunan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Insentif kepada Nelayan Daerah Melaka Tengah di Dewan Seri Negeri di sini, hari ini.

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang di atas pentas, orang berdiri dan dalaman

Hadir sama, Pegawai Kewangan negeri, Datuk Hanafi Sakri dan Pengarah Perikanan negeri, Johari Tim.

Tambahnya, kerajaan negeri berusaha dalam memastikan pembangunan ekonomi nelayan mampu dijana dengan baik dan memperoleh pendapatan tinggi berbanding pendapatan semasa.

Jelasnya, melalui pelaksanaan itu kerajaan negeri akan mempergiat projek akuakultur seperti ternakan kupang, ikan dan pelbagai lagi.

Menurutnya, langkah itu termasuk cadangan merealisasikan projek akuakultur seperti ternakan kupang dan ternakan ikan dalam sangkar mengikut kesesuaian tempat, selain aktiviti agropelancongan yang dijangka bermula tahun ini.

“Kerajaan negeri komited bagi memastikan pembangunan yang lebih terancang dan teratur serta tidak memberi kesan jangka masa panjang terutama kepada golongan ini.

“Kita tidak boleh menolak pembangunan, namun saya sedaya upaya akan pastikan projek pembangunan termasuk tambakan laut tidak berterusan memberi kesan negatif kepada golongan itu,” katanya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s