Manfaatkan Peranan MPKK Sebaiknya

AYER KEROH 8 April – Kira-kira 20 peratus Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) seluruh Negeri Melaka berjaya menginovasikan peranan mereka, bukan sekadar sebagai duta keharmonian dan keselamatan kampung.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, inisiatif tersebut mampu memantapkan lagi tanggungjawab MPKK terbabit untuk memajukan kampung mereka.

Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang duduk dan orang ramai

Menurutnya, inovasi diusahakan boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk dan kaedah.

“Kerajaan negeri menyokong sepenuhnya apa sahaja pendekatan dibuat MPKK yang memberi manfaat kepada rakyat.

“Malah, kita akan membuat penilaian dan mengiktiraf MPKK yang komited melakukan inovasi dengan membantu mereka dari aspek kewangan serta sokongan teknikal lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian taklimat MPKK Negeri Melaka bagi tahun 2019 di Auditorium Seri Negeri di sini, pagi tadi.

Imej mungkin mengandungi: 6 orang, dalaman

Ujar Adly, mereka juga digalakkan bekerjasama dengan agensi kerajaan dan membangunkan belia setempat.

“Terbaharu kita boleh mengambil contoh bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam yang mana, MPKK di DUN ini telah mempunyai kenderaan sendiri dari wakaf.

“Ia dilihat inovasi berguna kepada rakyat khususnya dari aspek perkhidmatan. Ada juga MPKK yang bercadang membuat kerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menghasilkan baja kompos,” katanya satu garis panduan akan dibentuk sebagai rujukan kepada MPKK terbabit.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Hasim Hassan, Timbalan Speaker DUN, Datuk Dr. Wong Fort Pin dan Exco Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan, Ginnie Lim Siew Lin.

Sehingga kini terdapat 316 Pengerusi MPKK bersama 13 jawatankuasa di negeri ini telah dilantik.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s