AG Sudah Dapat Hasil Siasatan RM90 Juta dari SPRM.

Pihak berkuasa sedang dalam proses akhir siasatan berhubung dakwaan PAS menerima dana RM90 juta daripada Umno.

Image result for sprm

Media difahamkan sumber bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menyerahkan hasil siasatan mereka kepada Pejabat Peguam Negara (AGC).

“Kes ini sudah rujuk kepada timbalan pendakwa raya.

“Ia sedang dalam kajian timbalan pendakwa raya,” kata sumber yang enggan dinamakan.

SPRM melancarkan siasatan berhubung dakwaan itu berkenaan pada Feb lalu selepas menerima laporan.

Dakwaan berkenaan mengatakan pemimpin PAS menerima dana berjumlah RM90 juta daripada Umno sebagai balasan untuk memberi sokongan kepada parti komponen BN itu dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Image result for tommy thomas

PAS dan bekas presiden Umno Najib Razak menafikan dakwaan berkenaan.

Sejak siasatan itu dilancarkan, SPRM sudah memanggil beberapa pemimpin PAS termasuk mursyidul am parti itu, Hashim Jasin, setiausaha agung Takiyuddin Hassan, anggota jawatankuasa pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz, dan bekas timbalan presiden Nasharudin Mat Isa.

Sumber bagaimanapun enggan mengulas lanjut apabila ditanya sama ada SPRM sudah mengemukakan cadangan untuk pertuduhan di mahkamah.

“Tiada komen berhubung perkara itu buat masa ini,” kata pegawai yang rapat dengan perkembangan siasatan kes itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s