Bagaimana FELDA luluskan RM140 juta untuk Isa Samad – Anwar

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu penjelasan mengenai bagaimana RM140 juta dibelanjakan bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Samad, ketika menerajui agensi itu pada 2014.

Katanya, beliau diberitahu kos berkenaan digunakan untuk perkara yang tidak munasabah termasuk perbelanjaan lawatan ke luar negara bersama anggota keluarganya.

“Adakah benar bekas pengerusi FELDA dan pengurusan Felda Global Ventures Bhd (FGV) dan 53 anak syarikat di bawahnya menerima pendapatan dan elaun lebih daripada RM2 juta setahun?” katanya ketika membahaskan Kertas Putih FELDA di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar yang juga Presiden PKR berkata, adalah tidak adil kepada peneroka kini yang perlu membayar hutang tinggi hanya kerana kekhilafan pengurusan terdahulu.

“Kita setuju bahawa peneroka perlu menyelesaikan hutang mereka … tetapi hutang disebabkan oleh perbelanjaan yang tidak munasabah oleh pihak pengurusan terdahulu adalah sangat tidak adil kepada peneroka.,” katanya.

Anwar turut mendedahkan ibu pejabat FELDA kini ‘penuh sesak’ dengan 100 kereta baharu yang dibeli pengurusan lembaga itu.

Katanya, beliau mahu penjelasan bagaimana dalam keadaan tiada duit masih ada kereta mewah yang banyak di ibu pejabat agensi itu.

“Ini kerana dalam keadaan Felda bermasalah (bleeding), saya difahamkan ada 100 kenderaan baharu dibeli FELDA.

“Peneroka susah tetapi (FELDA) masih beli kereta baharu kononnya ada keperluan mendesak,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s