Rameli Musa Akhirnya Buka Mulut.

Kira-kira sebulan setengah selepas dikaitkan dengan penyelesaian saman Presiden PAS Hadi Awang dan Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown, Rameli Musa akhirnya membuka mulut.

Menjawab soalan media secara bertulis, tokoh korporat itu berkata beliau terkilan dan kesal terheret ke SPRM dan “arena politik yang melampau batas”.

“Nama saya terjejas dan tercalar di luar negara di mana saya banyak mencari rezeki,” kata pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB).

“Tetapi saya kesian mereka yang sebar fitnah dan mereka yang mampu menyekat fitnah tetapi tidak berusaha untuk melakukannya.

“Saya berdiam sehingga kini kerana SPRM masih dalam siasatan.”

Rameli diminta mengesahkan laporan Malaysiakini yang memetik sumber yang dekat kepadanya sebagai berkata Hadi pada awalnya memang tidak tahu menahu berkaitan bayaran penyelesaian saman berkaitan.

Penafian demi penafian pemimpin kanan PAS kemudian memburukkan namanya yang dispekulasi bertindak sendiri dan memanipulasi maklumat untuk menganiaya parti itu.

Beliau juga disiasat SPRM dan diminta menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan pembayaran itu pada 5 Mac, lima hari selepas pembayaran dikatakan dibuat.

Sementara itu, menyentuh pertemuannya dengan wakil Hadi, Rameli enggan mengulas perinciannya.

“Tak mahu komen sangat.

“Saya sendiri tak ingat tarikh perjumpaan dan berapa kali,” katanya.

Secara umum, Rameli menegaskan negara ini perlukan pemimpin berwibawa, berintegriti serta beradab dan bersopan. 

“Fitnah berleluasa kerana yang tahu buat tak tahu dan yang tak tahu tak mahu ambil tahu, dan tidak mahu mengaku,” katanya.

Hadi menyaman Rewcastle-Brown selepas Sarawak Report melaporkan dakwaan PAS menerima dana RM90 juta daripada pemimpin Umno.

Kes itu dilaporkan sudah selesai disiasat SPRM dan hasil siasatan kini dalam kajian Pejabat Peguam Negara (AGC).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s