Sungguh Mulia-Wakaf CITRA Demi Penduduk Kampung.

Pada Isnin lepas semasa taklimat Pengurusan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Negeri Melaka Tahun 2019 di Auditorium Seri Negeri, Ketua Menteri Melaka iaitu Tuan Haji Adly Zahari ada memetik mengenai MPKK yang telah berjaya mempunyai kenderaan wakaf.

Perkara itu menjadi kebanggaan dan juga inspirasi kepada MPKK yang lain di Melaka untuk berbakti dengan lebih baik lagi.

Namun, persoalannya ialah MPKK mana dan adakah ianya benar?

Menurut sumber, MPKK yang dimaksudkan ialah MPKK Kampung Pulai yang berada di bawah DUN Serkam, kelolaan Ustaz Mohammad selaku penyelarasnya.

Kereta NAZA CITRA yang diwakafkan itu bertujuan untuk membantu masyarakat sekitar kampung yang mempunyai masalah pengangkutan mahupun pergerakan.

Antara bakti yang dilakukan, menghantar penduduk yang mempunyai masalah pengangkutan ke Klinik Kesihatan

MPKK Kampung Pulai yang dipengerusikan oleh En.Sazali Azizul, yang lebih mesra dipanggil Cikgu Zali menghias kenderaan wakaf tersebut dengan pelekat MELAKA BERWIBAWA dan juga perkataan MPKK Kampung Pulai.

Semoga perkara yang baik ini dicontohi oleh MPKK yang lain dan terus memberi manfaat buat penduduk kampung di negeri Melaka.