Tarif Air Melaka Kekal

AYER KEROH 11 April – Tarif air di Melaka kekal pada kadar sama iaitu RM0.60 sen bagi pengunaan 20 meter padu pertama.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, tiada kenaikkan akan diumumkan, walaupun enam negeri semalam dilaporkan menaikkan tarif air bagi menjamin kualiti perkhidmatan dan bekalan kepada pengguna.

Katanya, kerajaan negeri telah memaklumkan kepada Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli agar tarif air sedia ada tidak dinaikkan kerana kadar sedia ada agak tinggi berbanding negeri lain.

Image result for empangan melaka

“Enam negeri itu tidak termasuk Melaka, setakat ini maklumat diberikan kepada kementerian adalah Melaka mahu mengekalkan tarif sedia ada.

“Dan kita telah menaikkan tarif air tiga tahun lalu dan kadarnya kini sudah mencukupi untuk rakyat Melaka dan saya rasa ia agak tinggi berbanding negeri lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di Seri Negeri sebentar tadi,

Semalam, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata, perundingan untuk menaikkan tarif air giat dijalankan kerana kadar berkenaan tidak pernah disemak dalam tempoh 20 tahun.

Katanya, proses libat urus membabitkan pelbagai agensi dilakukan susulan tarif air yang ditetapkan di setiap negeri berbeza bersandarkan keupayaan dan kadar permintaan masing-masing.

“Rundingan masih diteruskan dan kita jangkakan dua lagi negeri turut bersetuju menaikkan tarif air,” katanya tanpa memperincikan nama negeri berkenaan ketika sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, semalam ketika menjawab soalan Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s