Melaka Sediakan Rumah Berkat Untuk Pasangan Baru Berkahwin

MELAKA: Kerajaan negeri menyasar untuk menyediakan 500 unit Rumah Berkat dalam tempoh lima tahun bagi memenuhi keperluan pasangan muda yang baru berkahwin menyewa kediaman itu selama tiga tahun.

Ketua Menteri, Adly Zahari, berkata inisiatif melalui Lembaga Perumahan Melaka (LPM) itu ialah antara usaha membantu pasangan muda berusia 20 hingga 35 tahun yang baru berkahwin untuk menyewa kediaman berkenaan pada kadar hanya RM150 sebulan.

“Konsep Rumah Berkat ialah menggunakan sumber bangunan sedia ada di mana kita hanya membaik pulih kemudahan sebelum menawarkan kepada pasangan muda berkelayakan untuk menyewa selama tiga tahun.

“Kerajaan negeri berharap kadar sewa yang rendah ini membolehkan pasangan muda daripada kelompok berpendapatan rendah (B40) menabung, seterusnya berpeluang memiliki kediaman sendiri selepas tempoh berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Rumah Berkat di Kampung Padang, di sini, hari ini.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/kuncimuda_1555157723.jpg
KETUA Menteri, Adly Zahari menyampaikan replika kunci kepada penerima pada majlis perasmian Program Rumah Berkat di Kampung Padang, hari ini. – Foto Khairunisah Lokman

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Hasim Hasan, serta EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Tey Kok Kiew, turut hadir.

Mengulas lanjut, Adly berkata setakat ini, kerajaan negeri sudah menerima sebanyak 57 permohonan pasangan muda baru berkahwin untuk program Rumah Berkat, dan berharap lebih ramai akan memohon.

“Kita juga merancang untuk memperluaskan program Rumah Berkat di enam atau tujuh lokasi lagi, termasuk di Ujong Pasir, Bukit Lereh dan Kemendor,” katanya.

Pada majlis itu, Adly turut menyampaikan 17 kunci kediaman Rumah Berkat kepada pasangan muda berkelayakan, daripada 30 rumah disediakan di Rumah Pangsa Kampung Padang.

Seorang penerima kunci itu, Mohd Aminnur Syafiq, 28, berkata beliau bersyukur dapat menduduki rumah terbabit bersama isteri, Siti Nor Amirah Rusalli, 27, selepas menetap bersama keluarga sebelum ini.

“Kadar sewa RM150 sebulan cukup berpatutan untuk sebuah kediaman yang selesa. Ini membolehkan kami mengumpul duit dan merancang memiliki kediaman sendiri,” katanya yang bekerja sebagai pembantu ladang di Jasin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s