Kelantan Hargai Kerajaan Persekutuan Setuju Bangunkan Projek ECRL

KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan menyifatkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan memberi kesan besar kepada majoriti rakyat Kelantan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, berkata impak berkenaan khususnya dalam peluang pekerjaan yang berkaitan dengan pembinaan dan pengangkutan.

Katanya, kerajaan negeri merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas persetujuan membangunkan ECRL di Kelantan.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/14ecrl_1555210815.jpg
GAMBAR fail, kawasan binaan yang dipercayai tapak bagi pembinaan stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Kotasas, kuantan pada Ogos tahun lalu. – Foto Farizul Hafiz Awang

“Sebagaimana dimaklumkan bahawa dua stesen akan dibangunkan di negeri ini, iaitu stesen Kota Bharu dan Tok Bali.

“Ia juga langkah positif dalam merancakkan tempo ekonomi negeri dengan adanya kemudahan pengangkutan yang lebih efisien.

“Secara langsung ia akan mengubah landskap keusahawanan menjadi lebih kondusif dan kompetetif untuk semua warga Malaysia,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook.

Ahmad berkata, seandainya ECRL itu diurus baik dan mengikuti piawaian sebenar, ini akan memberi Malaysia satu lagi kemudahan bertaraf antarabangsa yang akan memacu negara ini menjadi negara yang membangun.

Akhbar sebelum ini melaporkan, projek ECRL kerajaan terdahulu yang tertangguh kerana beban kewangan yang terlalu tinggi akan diteruskan dengan kos pembinaan sebanyak RM44 bilion.

Jabatan Perdana Menteri berkata, kos pembinaan Fasa 1 dan 2 ECRL itu berjaya dikurangkan sebanyak RM21.5 bilion, berbanding kos asalnya pada RM65.5 bilion.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s