Sultan Johor Perkenan Dr Perubatan Jadi Menteri Besar

JOHOR BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, Dr Sahruddin Jamal mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-17 di Istana Bukit Serene di sini, hari ini.

Sebelum ini Dr Sahruddin adalah anggota EXCO kerajaan negeri yang memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri.

Dilahirkan pada 26 Mei 1975, beliau yang berusia 43 tahun adalah doktor perubatan lulusan Sarjana Perubatan dari Universiti Hasanuddin, Makassar, Indonesia.

Sebelum menceburi bidang politik, beliau membuka kliniknya sendiri iaitu Klinik Dr Sahruddin di Bukit Pasir, Pagoh.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/14sumpah1_1555215028.jpg
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, Dr Sahruddin Jamal, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-17 di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar sebentar tadi. – Foto Royal Press Office

Dr Sahruddin berkahwin dengan seorang doktor iaitu Dr Nila Armila Mukdan dan dikurniakan tiga orang anak perempuan.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Dr Sahruddin dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memenangi kerusi DUN Bukit Kepong, yang dahulunya dikenali sebagai DUN Bukit Serampang, dengan mengalahkan Mohd Noor Taib dari Barisan Nasional (BN) dengan meraih 11,665 undi.

Beliau menewaskan calon BN itu dengan majoriti 1,273 undi.

Dr Sahruddin juga dilihat memainkan peranan instrumental ketika Johor menghadapi bencana pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, selama dua minggu, bulan lalu.

Ketika itu, beliau memainkan peranan penting secara “hands-on” dan turun padang sejak hari pertama lagi (7 Mac) serta melihat sendiri keadaan di beberapa lokasi kejadian serta turut mempraktikkan ilmu perubatan beliau dengan memeriksa mangsa-mangsa yang terkena “Simptom Kim Kim”.

Anak kelahiran Muar itu turut menjadi perhatian apabila menjadi wakil rasmi Menteri Besar sebelum ini Datuk Osman Sapian pada Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura yang berlangsung di Putrajaya (9 April), sehari selepas Osman bertemu dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pertemuan bekas Menteri Besar itu dengan Dr Mahathir pada 8 April itu difahamkan berkenaan dengan status jawatan MB yang dijawat Osman ketika itu.

Kehadiran Dr Sahruddin dalam pemukiman itu turut menguatkan lagi khabar angin bahawa beliau adalah antara calon Menteri Besar Johor yang baharu.

Pelantikan Dr Sahruddin sebagai Menteri Besar, turut menandakan kesepakatan kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) yang tetap dengan pendirian meneruskan tampuk pimpinan negeri Johor kepada BERSATU Johor.

Pada PRU lalu, PH memenangi 36 kerusi DUN, manakala BN 19 kerusi dan PAS satu kerusi.

Daripada 36 kerusi itu, DAP memiliki 14 kerusi, Parti Amanah Negara (AMANAH) sembilan kerusi, PKR sebanyak lima kerusi manakala BERSATU sebanyak lapan kerusi.

Bagaimanapun, BERSATU menambah tiga lagi kerusi DUN dengan penyertaan tiga ADUN Bebas yang merupakan bekas ADUN BN (UMNO) iaitu ADUN Endau (Alwiyah Talib) pada September tahun lalu dan ADUN Sedili, Rasman Ithnain dan ADUN Johor Lama, Rosleli Jahari pada November.

Ini menjadikan komposisi DUN Johor kepada PH 39 kerusi, BN 16 kerusi dan PAS satu kerusi. – BERNAMA

Ini menjadikan komposisi DUN Johor kepada PH 39 kerusi, BN 16 kerusi dan PAS satu kerusi. – BERNAMA

Dr Sahruddin Jamal
Umur : 43 tahun
Tempat lahir: Batu 28 Lenga, Muar
Berasal daripada keluarga petani kampung di Lenga, Muar.|
Pendidikan:
Ijazah Sarjana Perubatan, Universiti Hasanuddin, Makasar, Sulawesi Selatan, Indonesia

Pengalaman Kerja:
– Doktor perubatan Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar (lima tahun)
– Memiliki klinik swasta di Pagoh, Muar

Isteri:
– Dr Nila Armila Mukdan, 40 tahun

Anak:
– A Nasha Yasmine Annisa
– Nadya Zhafirah Annisa
– Nurul Fitri Sofia.

Politik:
– Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s