B40 Melaka Dapat ‘Kad Kesihatan Percuma’ Tahun Depan

MELAKA: Bermula tahun depan, kerajaan Melaka akan memperkenalkan ‘Kad Kesihatan Percuma’ sebagai inisiatif terbaharu kepada golongan berpendapatan rendah (B40) di negeri ini.

Ketua Menteri, Adly Zahari, berkata pengenalan kad kesihatan bagi mendapatkan khidmat kesihatan percuma di klinik atau hospital kerajaan itu adalah sebahagian janji pelaksanaan manifesto Pakatan Harapan (PH) Melaka, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

KETUA Menteri, Adly Zahari (kiri) meluangkan masa melawat bayi, Ainul Mardhiah yang menghidap kanser mulut selepas Majlis Santuni Cahaya Mata Bandaraya 2019 di Hospital Melaka. – NSTP/Khairunisah Lokman

Katanya, kerajaan negeri kini dalam proses perbincangan selepas meneliti model bersesuaian untuk memenuhi keperluan masyarakat yang kurang berkemampuan, khususnya dalam kelompok B40.

“Kita telah melihat modelnya dan ada beberapa kumpulan sasar yang kita akan berikan Kad Kesihatan Percuma ini untuk mereka menerima perkhidmatan (kesihatan) percuma daripada kita.

“Sekarang kita juga sedang melihat jumlah peruntukan yang akan diberikan tetapi nilainya tidak lebih RM500 setahun untuk setiap keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Santuni Cahaya Mata Bandaraya 2019 sempena Ulang Tahun Ke-16 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Hospital Melaka, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, EXCO Kesihatan dan Antidadah negeri, Low Chee Leong; Datuk Bandar Melaka Bandaraya Bersejarah, Mansor Sudin dan Pengarah Hospital Melaka, Dr Hatijar Mohd Tan.

Pada majlis itu, Adly sempat melawat serta menyampaikan sumbangan kepada tiga bayi yang baru dilahirkan di Hospital Melaka sebagai simbolik sempena Ulang Tahun ke-16 MBMB, hari ini.

Mengulas mengenai sambutan ulang tahun ke-16 MBMB, Adly berkata, antara perkara berbangkit di negeri ini khususnya dalam kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu adalah berhubung isu kesesakan lalu lintas.

“Kesesakan lalu lintas adalah isu utama kita di Melaka. Kita akan terus bekerjasama dengan agensi seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) termasuk inisiatif menubuhkan bilik kawalan lalu lintas.

“Kita yakin bahawa perbandaran tidak boleh dibangun bersendirian, sebaliknya ia perlu berhubung dengan masyarakat dan agensi lain,” katanya

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s